Nama 2F jadi pilihan, penyokong Kedah reda Syafiq Ahmad tak dapat turun lawan JDT


  • Podium
  • Isnin, 15 Jul 2024

Syafiq menjaringkan gol luar biasa ketika membantu Kedah menewaskan KDN FC pada Jumaat lalu.

TIMBUL persoalan dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan status penyerang pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhd Syafiq Ahmad menjelang perlawanan menentang Harimau Selatan pada Jumaat ini.

Kedah dijadualkan akan melayani kunjungan JDT di Stadium Darul Aman, Alor Setar dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA.

Persoalan mengenai status Syafiq Ahmad itu timbul disebabkan sebelum ini mana-mana pemain pinjaman JDT tidak dibenarkan beraksi menentang Harimau Selatan atas faktor tertentu.

BACA LAGI: Bukan umum penaja RM10 juta, Kedah Darul Aman lantik CEO baharu

BACA LAGI: 'Sifu' Nafuzi Zain optimis, Milos Gordic jadi aset penting Kedah kutip 3 mata lawan Kelantan

Jika Syafiq tidak dibenarkan turun menentang Harimau Selatan ia sekali gus mengganggu corak permainan Sang Kenari kerana pemain itu merupakan tonggak utama Nafuzi Zain musim ini.

Dalam lima perlawanan Liga Super musim ini, Syafiq telah menjaringkan dua gol buat Sang Kenari.

Ketika aksi menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Syafiq menjaringkan satu gol cantik apabila memilih untuk merembat bola di luar kotak penalti Kijang Emas selepas menerima hantaran daripada rakan sepasukan.

Dalam perlawanan itu Kedah menang dengan keputusan 3-0 untuk mengutip tiga mata penuh ke atas KDN FC pada Jumaat lalu.

Disebabkan kecemerlangan Syafiq, penyokong Kedah mula risau jika pemain 29 tahun itu tidak dapat beraksi menentang JDT sekali gus Sang Kenari terpaksa mengharapkan khidmat Milos Gordic.

Seorang penyokong Muhammad Khairul dalam Facebook pula mendakwa Syafiq sah tidak akan turun dalam perlawanan separuh akhir Piala FA membabitkan dua pasukan gergasi itu.

"Sebab pinjaman, JDT pun bayar gaji dia (Syafiq) separuh, lain cerita kalau Kedah bayar gaji penuh atau memiliki Syafiq," tegas Ishak Batuta.

"Mungkin betul sebab Syafiq dipinjamkan dari JDT, takkan nak lawan majikan sendiri," ujar Zul Volvo.

"Tak apalah, Syafiq tak ada pun kalau nak kalah buat macam mana, yang penting semua pemain patut bekerjasama baru ada keseronokan," jelas Rusdi Joe.

"Kalau Syafiq main JDT rasa seram sejuk juga," luah Johari Cenpedak.

"Tak perlu Syafiq, sebab kita ada Faiz Nasir dan Fayadh Zulkifli boleh ganti posisi yang hilang," kata Abdul Rahman.

Satu lagi perlawanan membabitkan Terengganu FC dan Selangor FC yang akan beraksi pada tarikh sama iaitu 19 Julai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram