BINTANG muda Selangor FC, Muhammad Abu Khalil bakal mengetuai cabaran Malaysia dalam misi mempertahan kejuaraan Piala Asean bawah 19 tahun (B-19) di Surabaya, Indonesia.
Muhammad merupakan sebahagian daripada 23 pemain yang dipanggil oleh Juan Torres Garrido untuk membawa cabaran Malaysia ke kejuaraan tersebut yang diadakan pada 17 hingga 29 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu.
BACA LAGI: 'Ubi muda' Selangor FC sah sertai FC Osaka secara pinjaman
BACA LAGI: Kekal disiplin, kuasai bahasa Jepun antara resepi Muhammad Abu Khalil mahu berjaya di J3 League
Senarai 23 pemain dipanggil Juan Torres Garrido ke Piala Asean B-19 di Indonesia.
Selain dari Muhammad, rakan-rakannya seperti Haykal Danish Haizon, Amir Farhan Fuzi, Aiman Hakimi Othman, Adam Haikal Azizol, Zamarul Hakim Khair dan Izzat Syahir Zulihsan merupakan pemain skuad Selangor II dan Selangor III yang dipanggil Garrido.
Musim ini, Muhammad melakukan beberapa penampilan singkat bersama Gergasi Merah sebelum dia terbang ke Jepun.
Antaranya adalah ketika kemenangan Selangor ke atas Negeri Sembilan FC dalam Piala FA serta sewaktu Gergasi Merah beraksi di Indonesia untuk pertandingan RCTI Premium Sports Jun lalu.
Muhammad dan skuad B-19 akan memulakan cabaran mempertahan Piala Asean B-19 pada Jumaat apabila mereka bertemu Brunei dalam aksi kumpulan C.
Ia diikuti perlawanan berdepan Singapura pada 22 Julai sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Thailand tiga hari kemudian.
Malaysia merangkul gelaran kedua Piala Asean B-19 pada 2022 apabila mereka menewaskan Laos 2-0 di perlawanan akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram