PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil memberi bayangan akan memberikan segalanya bagi menewaskan Terengganu FC pada separuh akhir pertama Piala FA pada Jumaat.
Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat selepas dia merehatkan beberapa pemain ketika mereka tumpas 0-1 kepada Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super, Ahad lalu.
Berdepan Terengganu di tempat lawan pada aksi pertama, pastinya cabaran sukar menanti Nidzam untuk membawa pulang kemenangan disebabkan kekuatan dimiliki Sang Penyu.
BACA LAGI: Bintang Selangor jadi wakil tunggal skuad senior ketuai cabaran Malaysia pertahan Piala Asean B-19
BACA LAGI: Dari Selangor ke Korea, Yazan sah sertai FC Seoul
Nidzam Jamil
Nidzam mengakui yang cabaran getir menanti Selangor berdepan ribuan penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, namun mereka sedia berjuang untuk memperoleh keputusan positif.
Kini dengan pemain-pemain utama seperti Fazly Mazlan, Safuwan Baharudin sudah kembali cergas sepenuhnya, Nidzam boleh mencongak peluang meraih bekalan selesa dari perlawanan pertama.
"Pada perlawanan sebelum ini, beberapa pemain utama tidak beraksi 90 minit kerana kita tidak mahu mereka cedera, sekali gus mengganggu persiapan menentang Terengganu.
"Seperti sedia maklum, Terengganu sudah pastinya mendapat sokongan padu daripada penyokong mereka, sekali gus memberi kelebihan pada perlawanan pertama itu.
"Namun, kita tidak akan menyerah kalah dan bersedia berjuang untuk memastikan mendapat bekalan selesa pada perlawanan timbal balik," ujar Nidzam.
Selangor berdepan Terengganu di Gong Badak terlebih dahulu sebelum aksi kedua diadakan pada 3 Ogos.
Satu lagi perlawanan separuh akhir menemukan Kedah Darul Aman FC dengan Johor Darul Ta'zim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram