Tanpa surat rasmi, FAM berhak tuntut 17 bulan gaji Pan-gon


  • Podium
  • Khamis, 18 Jul 2024

Bekas pengendali pasukan kebangsaan itu tidak perlu bimbang dikenakan penalti oleh FAM kerana difahamkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan secara lisan. — Facebook/FAM

BARU-BARU ini, kecoh di media sosial apabila peletakan jawatan Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih Harimau Malaya perlu 'dibayar' dengan harga mahal.

Ia kerana Pan-gon perlu menyediakan RM3 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disebabkan melanggar kontrak.

Isu pampasan itu timbul apabila Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi mendedahkan jurulatih berusia 55 tahun itu berkemungkinan perlu membayar pampasan lebih RM3 juta kepada badan induk itu.

BACA LAGI: Jurulatih 'fresh' dari 3 benua antara cadangan TMJ gantikan Kim Pan-gon

BACA LAGI: KL bebas pemotongan mata bikin fans Hijau Kuning berang, tuntut layanan adil MFL

WhatsApp Image 2024-07-18 at 22.34.34 (1)

Pan-gon secara rasmi mengundur diri daripada jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya. Facebook/FAM

Bagaimanapun, bekas pengendali pasukan kebangsaan itu tidak perlu bimbang dikenakan penalti oleh FAM kerana difahamkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan secara lisan berkenaan isu peletakan jawatan tersebut.

Meskipun begitu, FAM masih berhak membuat tuntutan pampasan 17 bulan gaji kepada Pan-gon sekiranya badan induk itu berubah fikiran.

“Kim Pan Gon letak jawatan: Tiada pampasan, tiada penalti. Tetapi tanpa sebarang surat rasmi hanya menerusi persetujuan mulut, FAM masih ada hak ke atas tuntutan 17 bulan gaji, jika badan induk itu berubah fikiran,” kata pemerhati sukan, Fina Nasrom di laman X pada Khamis.

Susulan peletakan jawatan Pan-gon, FAM mengumumkan Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih Harimau Malaya.

Jika mengikut kepada undang-undang pekerjaan, majikan yang membatalkan kontrak atau memberhentikan pekerja perlu membayar pampasan termasuklah jika berlaku perkara sebaliknya.

"Mengenai peletakan jawatan Pan-gon, FAM dan bekas jurulatih itu mendapat persetujuan bersama tanpa sebarang perkara berbangkit.

"Kita menghormati keputusan Pan-gon dan turut melihat sumbangannya kepada skuad Harimau Malaya," kata Timbalan Presiden FAM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram