Tamatkan spekulasi, Ten Hag kekal bersama Manchester United


  • Podium
  • Rabu, 12 Jun 2024

Keputusan Ten Hag untuk kekal di Old Trafford dibuat selepas penilaian akhir musim untuk kempen 2023/24. — Agensi

ERIK Ten Hag akan kekal menjadi pengendali Manchester United selepas penilaian akhir musim untuk kempen 2023/24.

Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi hangat bahawa beliau akan tetap di Old Trafford pada musim depan meskipun menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kelapan musim lalu.

Pengurus Belanda itu mengalami tekanan hebat musim lalu apabila Red Devils gagal dalam percubaan mereka untuk layak ke Liga Juara UEFA.

BACA LAGI: Nasib Martial, Ten Hag bersama Man United akhirnya terjawab

BACA LAGI: Lee Zii Jia buat keputusan tepat, jadi bintang tunggal negara sertai Terbuka Australia

msg1050426791-33591

Manchester United kekal diuruskan oleh Ten Hag. — Gambar hiasan/Agensi

Bagaimanapun, prospeknya untuk kekal di Old Trafford didorong oleh hasil kemenangan 2-1 Piala FA yang tidak dapat dilupakan ke atas musuh ketat Manchester City di Wembley.

Ten Hag bagaimanapun sedang berbincang berkenaan kontrak baharu kerana kontrak terkininya memasuki tahun terakhir selepas dua tahun membimbing United.

Untuk rekod, Ten Hag pada mulanya mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2022, menggantikan Ralf Rangnick, yang merupakan pengurus sementara selepas pemergian Ole Gunnar Solskjaer. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram