'Ubi muda', Belanda sah sertai Man United, petanda era kebangkitan baharu


  • Podium
  • Khamis, 11 Jul 2024

Joshua Zirkzee sah menyertai Man United sehingga 2029. — Agensi

BINTANG muda Belanda, Joshua Zirkzee sah menyertai Manchester United sehingga 2029.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan terkenal, Fabrizio Romano di akaun X pada Khamis malah menyatakan bahawa Man United memberikan tawaran lebih lumayan.

"Man United tidak akan mencetuskan klausa pelepasan Zirkzee atau merundingkan struktur perjanjian yang berbeza dengan kelab. Tetapi membayar sedikit melebihi RM204 juta (€40 juta) dalam tempoh tiga tahun," maklumnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil aksi England-Belanda pernah kena 'ban' 6 bulan sebab rasuah, Koeman minta cek akaun bank

BACA LAGI: [VIDEO] Bimbang keselamatan anak punca Nunez tumbuk fans Colombia, mungkin kena ban beraksi bersama Liverpool

GSNsgJca8AA2s7i

Joshua Zirkzee. — Twitter

Menurutnya, Zirkzee juga bersetuju untuk menandatangani kontrak sehingga Jun 2029 dengan Man United.

Kehadiran Zirkzee dijangka mampu membantu jentera serangan Man United.

Sebelum ini, Man United dilaporkan dalam usaha mendapatkan penyerang muda Belanda itu.

Zirkzee antara pemain muda yang diturunkan oleh pengendali Belanda, Ronald Koeman dalam aksi bertemu England separuh akhir Euro 2024, namun gagal membantu pasukan itu mara ke final selepas tumpas 1-2. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram