Kim Pan-gon tak pernah rasa tidak selamat di Malaysia, salah faham 'danger' sebab Bahasa Inggeris kurang baik


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

Kenyataan Pan-gon berhubung 'danger' itu juga mengundang persoalan TMJ. — Twitter

BEKAS pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelaskan maksud "bahaya" dalam kenyataannya sebelum ini.

Pada Selasa, Pan-gon ada menyebut "bahaya" ketika diminta mengulas mengenai apa yang dibincangkannya dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Menurut Pan-gon, dia mengakui yang dirinya tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik hingga apa yang dikatakannya menimbulkan salah faham.

Kenyataan Pan-gon juga mengundang persoalan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

BACA LAGI: Boleh jadi Solari, tapi coach Kedah, Sabah ada kualiti isi tempat ditinggalkan Kim Pan-gon

BACA LAGI: Tan Cheng Hoe ganti Kim Pan-gon pimpin Harimau Malaya?

Memetik perkongsian yang dilakukan oleh pemerhati sukan negara, Zulhelmi Zainal Azam, maksud bahaya yang dinyatakan oleh Pan-gon adalah berkaitan taktikal pasukan dan pembangunan bola sepak.

Ia tidak bermakna yang jurulatih dari Korea Selatan itu berasa tidak selamat apabila berada di Malaysia.

"Ia lebih berkaitan taktikal dan pembangunan pasukan, tak sesuai didedahkan. Saya tak pernah rasa tak selamat di Malaysia dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris kurang baik salah faham terjadi," jelas Pan-gon.

Pan-gon dilaporkan akan meninggalkan Malaysia untuk kembali ke Korea Selatan pada minggu depan namun tidak dinyatakan pada hari apakah pengendali tersebut akan bertolak.

Dia disebut-sebut akan kembali mengendalikan kelab lamanya iaitu Ulsan HD bagi menggantikan Hong Myong-bo yang akan menjadi pengurus skuad kebangsaan negara tersebut.

Dalam perkembangan terkini, Pan-gon juga dilaporkan sempat mengadakan pertemuan bersama TMJ pada Selasa malam.

Ia didedahkan TMJ menerusi satu ciapan di laman X.

Good luck and all the best Kim Pan-gon. Had a good football discussion (Semoga berjaya dan selamat sejahtera Kim Pan-gon. Mengadakan perbincangan baik mengenai bola sepak),” ciap TMJ.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram