KEMELUT gaji dialami skuad Tok Gajah musim ini menyaksikan bintang import mereka, Kuvondik Ruziek mengambil keputusan meninggalkan kelab itu.
Dia yang difahamkan menerima tawaran di Uzbekistan seperti mana diperolehi bersama Sri Pahang FC membuat perpindahan tersebut meskipun tidak sampai setahun berkhidmat buat pasukan bimbingan Fandi Ahmad itu.
Perkhabaran berkenaan sudah tentu sukar diterima penyokong pasukan itu memandangkan pemain tersebut memiliki kualiti tersendiri dalam posisinya.
BACA LAGI: Baru beberapa minggu mula latihan, tonggak import Tok Gajah 'check-in' wad akibat cedera
BACA LAGI: Rehat lama, belum dapat rentak sukarkan Tok Gajah jinakkan Harimau Selatan
Ruziev diumumkan sebagai rekrut baharu pasukan Uzebkistan itu. — Instagram/FC Neftchi
Selain berani dalam membawa bola ke arah zon berbahaya, Ruziev memiliki visi cukup hebat dalam membuat hantaran dan mencipta peluang.
Bagaimanapun, dengan masalah gaji Sri Pahang FC agak kritikal, peminat hanya boleh menelan realiti pahit atas pemergian pemain berusia 29 tahun berkenaan.
Meskipun seakan-akan sukar menerima hakikat dengan pemergian Ruziev, ada dalam kalangan peminat Tok Gajah faham mengapa arkitek itu meninggalkan Sri Pahang, tambahan pula apabila mengetahui dia sudah memiliki kelab baharu.
Dia difahamkan sudah sah menyertai kelab Uzbekistan, FC Neftchi berdasarkan kenyataan daripada pasukan itu di laman media sosial mereka.
"Sebelum memulakan pusingan kedua liga, FC Neftchi yang dikendalikan Vitaliy Levchenko akan disertai pemain tengah berpengalaman, Kuvondik Ruziev.
Ruziev merupakan bekas pemain FC Neftchi sebelum berpindah ke Terengganu FC. — Agensi
"Setakat ini, Ruziev pernah beraksi untuk Kokand 1912, Navbahor, Lokomotiv Tashknet, FK Turon dan pasukan Malaysia, Sri Pahang FC. Kami ucapkan selamat maju jaya buatnya," tulis kelab itu.
FC Neftchi tidak lagi asing dalam arena bola sepak tempatan memandangkan bintang Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov merupakan bekas pemain mereka.
Sepanjang mencipta 13 penampilan buat kelab tersebut, tonggak skuad Sang Penyu itu mencatatkan tiga gol dan dua bantuan jaringan sebelum melakukan perpindahan.
Jadi, keputusan Ruziev untuk menyertai kelab Uzbekistan itu sudah tentu akan diharapkan mampu membawa mereka ke tahap lebih tinggi selepas ini.
Untuk rekod, pemain itu hanya merekodkan satu gol dan satu bantuan jaringan buat skuad Tok Gajah dalam membantu mereka ke kedudukan kelima Liga Super 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram