Jurulatih 'fresh' dari 3 benua antara cadangan TMJ gantikan Kim Pan-gon


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

TMJ memberi cadangan agar skuad Harimau Malaya dilatih oleh jurulatih dari Asia, Eropah dan Amerika Latin. — Agensi

SIAPAKAH yang bakal mengisi kekosongan ketua jurulatih Harimau Malaya?.

Begitulah persoalan yang kini menjadi topik utama penyokong tanah air susulan peletakan jawatan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Selasa.

Begitupun, persoalan tersebut seolah-olah terjawab selepas kecoh satu hantaran di laman X mendedahkan bahawa terdapat beberapa individu yang dijangka mengisi kekosongan tersebut.

BACA LAGI: Ada bendera Malaysia, 3 pemain lokal mungkin sertai JDT menurut khabar angin

BACA LAGI: ‘Satu kerugian besar’, lepas Faisal Halim, Paulo Josue dan bintang Pahang merasai pemergian Kim Pan-gon

Ia dapat dilihat menerusi perkongsian oleh pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam di laman X pada Rabu.

Menurutnya, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberi cadangan agar skuad Harimau Malaya dilatih oleh jurulatih dari Asia, Eropah dan Amerika Latin.

"Asia, Eropah mahupun Amerika Latin, Tunku Ismail cadang calon 'fresh' jurulatih baru Harimau Malaya dan dibawa dengan pasukan kejurulatihannya sendiri," tulisnya.

Untuk rekod, kali terakhir skuad kebangsaaan menggunakan khidmat jurulatih dari Eropah adalah pada 2017 apabila dikendalikan oleh Nelo Vinganda dari Portugal.

Baru-baru ini, industri bola sepak tanah air dikejutkan dengan peletakan jawatan Pan-gon sebagai pengendali skuad Harimau Malaya selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan negara.

Di bawah kendalian Pan-gon, Malaysia berjaya akhiri kemarau 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia. Disebabkan peletakan jawatan Pan-gon, Harimau Malaya kini dikendalikan jurulatih interim, Pau Marti Vicente. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram