‘Satu kerugian besar’, lepas Faisal Halim, Paulo Josue dan bintang Pahang merasai pemergian Kim Pan-gon


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

Pemain Harimau Malaya turut bersedih dengan peletakan jawatan Kim Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya.

PENGUMUMAN pengendali skuad negara, Kim Pan-gon untuk meletakkan jawatannya merupakan khabar sedih buat seluruh penyokong Harimau Malaya termasuk pemain sayapnya, Faisal Halim.

Selain memberi ucapan terima kasih buat Pan-gon, Faisal juga tidak lupa untuk mengenang jasa pengendali kelahiran Korea Selatan itu terutamanya ketika berdepan detik hitam pada Mei lalu.

Pastinya berita sedih itu turut memberi kesan kepada beberapa bintang Harimau Malaya antaranya penyerang naturalisasi Paulo Josue dan bintang Sri Pahang FC, R. Kogileswaran.

BACA LAGI: Kembali ke 'the best place', ex Kelantan FC bakal kongsi ilmu Eropah bersama kelab Liga M

BACA LAGI: Ada bendera Malaysia, 3 pemain lokal mungkin sertai JDT menurut khabar angin

WhatsApp Image 2024-07-17 at 13.38.08

Pan-gon secara rasmi mengundur diri daripada jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya. Facebook/FAM

Menurut Paulo, dia tidak menyangka bahawa Pan-gon akan meninggalkan pasukan kebangsaan memandangkan Kejohanan Pestabola Merdeka akan berlangsung tidak lama lagi.

"Sejujurnya saya terkejut dengan berita tersebut dan pastinya ia satu kerugian besar untuk bola sepak Malaysia.

"Banyak perkara yang kami pelajari sepanjang berada di bawah kendalian Pan-gon dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pemangku ketua jurulatih, Pau Marti Vicente," kata pemain berusia 35 tahun itu.

Sementara itu, Kogileswaran yang pernah beraksi bersama Harimau Malaya bagi musim 2022 itu berkata, Pan-gon merupakan salah seorang jurulatih yang terbaik sepanjang kariernya.

"Kita semua nampak kemajuan yang dilakukan oleh Pan-gon sejak dua tahun bersama Malaysia dan saya harap dia akan kembali mengemudi pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

"Pastinya ramai yang beranggapan bahawa Pan-gon merupakan seorang yang tegas namun dia sebenarnya seorang yang rendah hati dan baik, dia menganggap semua pemain adalah anaknya.

"Benda yang paling saya tidak akan lupakan adalah Pan-gon pernah berharap agar saya kembali ke skuad kebangsaan suatu hari nanti,"kongsinya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram