‘Jangan risau saya tiada’, falsafah Kim Pan-gon sudah sebati bersama Harimau Malaya


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

Pan Gon berkata, peminat tidak perlu bimbang dengan perkembangan yang berlaku. — FAM

BEKAS jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon yakin prestasi skuad kebangsaan tidak akan terjejas dengan peletakkan jawatannya.

Menerusi laporan BH Online, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata, sepanjang tempohnya bersama pasukan, beliau sudah mewujudkan sistem yang mantap.

BACA LAGI: Ketua Menteri Melaka tak perlu layan provokasi bubar DUN

BACA LAGI: Kos ganti paip air lama dianggar cecah RM10 bilion — Menteri

"Kekuatan saya adalah mewujudkan sistem dan sistem itu sudah ada, jadi ia tidak akan terjejas walaupun seorang jurulatih keluar daripadanya.

"Kita ada sistem itu di Malaysia dan saya percaya skuad kebangsaan kita tidak akan goyah.

"Kita sudah memberikan sokongan, komitmen yang sepenuhnya, pengetahuan dan ini semua ada teras yang sudah dibentuk apabila saya membimbing skuad kebangsaan," katanya.

Disebabkan itu, Pan Gon berkata, peminat tidak perlu bimbang dengan perkembangan yang berlaku.

"Jadi, tidak perlu risau kerana anda perlu berbangga dan percaya pada diri sendiri. Jadi semua pihak perlu terus memberikan sokongan kepada bola sepak Malaysia," ujar beliau.

2744180

Pan Gon berkata, beliau bangga kerana dapat mewujudkan falsafah bola sepak negara dengan corak permainan lebih menghiburkan dan menyerang.

Untuk rekod, selain Pan Gon, barisan kejurulatihan lain yang dibawa pada 2022 akan terus kekal bersama skuad kebangsaan mengikut kontrak mereka.

Mereka terdiri daripada penolong jurulatih, Park Bobae; jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun.

Dalam pada itu, Pan Gon berkata, beliau bangga kerana dapat mewujudkan falsafah bola sepak negara dengan corak permainan lebih menghiburkan dan menyerang.

"Kita mahu proaktif, mengawal dan mendominasi permainan untuk mencari kemenangan. Kita cuba jadikan ini sebagai watak bola sepak Malaysia dan bermain secara positif dengan menyerang.

"Kita tidak boleh menjadi negatif dan membiarkan pasukan lawan mengawal kita. Kita perlu menjadi yang sebaliknya dan kita sentiasa menunjukkan semangat juang walaupun ketinggalan dalam perlawanan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram