BEKAS pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon perlu membayar lebih RM3 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ia berikutan peletakan jawatannya dalam tempoh singkat selepas meninggalkan kedudukannya selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.
Menurut laporan Astro Arena, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi ketika ditemui oleh wartawan, Fina Nasrom.
BACA LAGI: 'Bahaya dimaksudkan KPG mungkin tentang bakat baharu Harimau Malaya'
BACA LAGI: Selain Kim Pan-gon, Pau Marti Vicente pernah berguru dengan 3 jurulatih berdarah FC Barcelona
Pengendali berusia 55 tahun itu telah berkhidmat bersama skuad kebangsaan lebih dua tahun sebelum memutuskan untuk tidak bersama pasukan.
"Ketika ini, kita (FAM) belum lagi membincangkan perkara ini secara terperinci. Kim Pan-gon memberikan notis terlalu singkat untuk keluar meninggalkan posisinya.
"Kita lebih memikirkan kestabilan pasukan dan juga hubungan dengan Kim Pan-gon. Kita juga berjaya mencapai keputusan bersama untuk dia memendekkan kontraknya bersama Malaysia," jelasnya.
Kim Pan Gon perlu bayar pampasan sebanyak 3.16 juta ringgit Malaysia kepada FAM merujuk kepada pelanggaran kontrak sebanyak 17 bulan
Perincian penuh belum di putuskan kedua dua pihak.@ASTROARENA pic.twitter.com/kqCkBWBd5u
— FinaNasrom (@fnasrom) July 17, 2024
FAM masih belum mengadakan perbincangan secara terperinci mengenai perkara itu atas persetujuan bersama bagi melepaskan Pan-gon dengan anggaran pampasan sekitar RM3.17 juta.
Sebelum ini, kontrak Pan-gon sepatutnya berakhir pada Disember 2025 namun memilih untuk meninggalkan pasukan lebih awal.
Posisinya bakal diambil alih oleh pembantu jurulatih, Pau Marti Vicente sehingga akhir 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram