Tan Cheng Hoe ganti Kim Pan-gon pimpin Harimau Malaya?


  • Podium
  • Selasa, 16 Jul 2024

Tan Cheng Hoe kini tidak mempunyai pasukan selepas meninggalkan Police Tero.

ANGIN bertiup kencang mengenai status pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon yang dikatakan akan meninggalkan pasukan tersebut dalam masa terdekat.

Spekulasi mengatakan pengendali dari Korea Selatan itu mahu meninggalkan skuad kebangsaan bertiup kencang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan sidang media pada petang Selasa.

Punca mengapa Pan-gon mahu meninggalkan Harimau Malaya masih lagi menjadi tanda tanya.

BACA LAGI: Tan Cheng Hoe, Police Tero dilapor berpisah, JDT atau kelab Indonesia bakal jadi destinasi seterusnya?

BACA LAGI: Bukan sahaja import Korea Selatan, Tan Cheng Hoe disebut antara 'big change' JDT?

tan-cheng-hoe

Tan Cheng Hoe pernah mengendalikan Harimau Malaya dari 2017 hingga 2022.

Sebagai rekod, kontrak Pan-gon bersama Malaysia masih sah sehingga 2025 dengan Piala Asean 2024 menjadi tugasan besar seterusnya buat pengendali itu.

Jika benar Pan-gon memilih untuk meninggalkan Harimau Malaya. Satu ruang besar perlu diisi oleh jurulatih seterusnya kerana dia berjaya memastikan skuad kebangsaan kembali kompetitif.

Buat masa ini, terdapat pelbagai nama disebut-sebut untuk menggantikan Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya dengan salah satunya adalah Tan Cheng Hoe.

Bekas pengendali Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC itu bukanlah wajah asing dalam skuad kebangsaan. Pernah bersama Datuk K. Rajagobal sebagai pembantu ketika Malaysia memenangi Piala Asean pada 2010.

Dia kemudiannya menjadi pengendali Malaysia pada 2017 dan hasil kerjanya hampir membawa Harimau Malaya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 sebelum wabak pandemik melanda dunia.

Kini, Cheng Hoe tidak lagi mempunyai kelab selepas kontraknya bersama-sama Police Tero di Thailand sudah berakhir ekoran kegagalan menyelamatkan kelab itu daripada jatuh ke saingan divisyen dua negara tersebut.

Kini tidak bersama mana-mana pasukan, masa untuk Cheng Hoe kembali? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram