Impak sementara tapi sempurna buat Kedah, penyerang Piala Dunia tak pernah luput dari ingatan penyokong


  • Podium
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Smeltz (tengah) mempunyai masa singkat bersama Kedah tetapi cukup bermakna.

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) mungkin bukanlah antara pertandingan terbaik di Asia apatah lagi dunia. Tetapi, Liga M ada menjadi destinasi bagi beberapa pemain bertaraf dunia untuk beraksi dan tampilkan bakat.

Sejak dari era 1980-an lagi, Liga M pernah menjadi tempat bagi beberapa pemain yang pernah mewakili negara masing-masing di Piala Dunia.

Perkara sama tidak terkecuali bagi era moden Liga M apabila masih ada pemain berkelas Piala Dunia datang bertandang dan memberikan impak.

BACA LAGI: 'Sifu' Nafuzi Zain optimis, Milos Gordic jadi aset penting Kedah kutip 3 mata lawan Kelantan

BACA LAGI: Siapalah Kedah, Penang & TFC musim ini tanpa kelibat 3 bintang pinjaman memukau

Pada 2016, Kedah Darul Aman FC berjaya mengikat bintang Piala Dunia New Zealand, Shane Smeltz sebagai salah seorang pemain import mereka.

Menjadi sebahagian daripada skuad New Zealand pertama beraksi di Piala Dunia pada 2010, Smeltz ternyata meninggalkan impak buat negara Ocenia itu.

Salah satu daripada 24 gol yang terhasil oleh Smeltz buat negaranya dalam 58 penampilan hadir ketika di Piala Dunia. Lebih manis, ia terhasil sewaktu New Zeland berjaya seri 1-1 dengan juara empat kali, Itali.

Jadi, tidak terkejut sekiranya kehadiran Smeltz ke Kedah ketika itu menarik perhatian ramai. Ternyata, kehadirannya membawa impak dan kegembiraan buat penyokong Sang Kenari.

13923793_1241212955911179_3599365375339802897_o

Smeltz (kiri) menjaringkan 11 gol untuk Kedah.

Menyertai pada pertengahan musim, Smeltz terus mencuri tumpuan apabila dia menjaringkan dua gol sewaktu penampilan pertamanya ketika Kedah menewaskan T-Team dalam saingan Piala Malaysia.

Dua gol Smeltz itu membuka perjalanan Kedah untuk menjadi juara Piala Malaysia pada musim tersebut dengan menewaskan Selangor FC di perlawanan akhir.

Melakukan 18 penampilan sambil menghasilkan 11 gol dan membawa pulang satu trofi, jelas sekali Smeltz layak digelar sebagai cult hero bagi penyokong Kedah.

Kini berusia 42 tahun, Smeltz sudah bersara daripada bola sepak dengan kelab terakhirnya adalah Guiseley yang merupakan pasukan semi-pro di England. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram