NEGERI Sembilan FC (NSFC) mengalami musim yang suram setakat ini dalam saingan Liga Super. Walaupun dipimpin oleh jurulatih berkualiti seperti Azzmi Aziz, namun skuad Jang tetap berada dalam kesukaran.
Sehingga kini, mereka belum lagi menikmati sebarang kemenangan sejak pertama kali turun beraksi di liga menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 18 Mei.
Dalam perlawanan tersebut, NSFC kalah 1-3 sebelum tunduk 4-0 kepada Selangor FC pada aksi kedua liga dan pusingan awal Piala FA dengan jaringan serupa.
BACA LAGI: Jadual malang rumitkan lagi ikhtiar Negeri Sembilan FC
BACA LAGI: Mampukah Azzmi Aziz ulangi magis bersama Negeri Sembilan FC?
Masa Azzmi bersama NSFC dilihat semakin singkat. — Negeri Sembilan FC
Mereka sekali lagi gagal memberikan saingan apabila tumpas 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC di laman sendiri. Disebabkan itu, tekanan memuncak buat Azzmi oleh penyokong yang dahagakan kemenangan.
Perlawanan seterusnya menentang Sri Pahang FC di Temerloh pada 13 Julai bakal menjadi penentu nasib Azzmi di NSFC.
Majoriti difahamkan yang perlawanan tersebut bakal menentukan sama ada Azzmi akan terus kekal membimbing NSFC atau tidak. Sekiranya menang, Azzmi akan terus kekal bersama dan jika kalah, segalanya berakhir.
Azzmi dikatakan diberikan tiga perlawanan oleh NSFC bermula dengan aksi bertemu Sri Pahang, Sabah FC (27 Julai) dan Terengganu FC (30 Julai) untuk menyelamatkan kariernya.
Namun dia memilih untuk menjadikan perlawanan berdepan Tok Gajah sebagai satu-satunya penentuan sudden death buat dirinya dengan kelab tersebut.
Punca Azzmi memilih tindakan tersebut masih belum diketahui. Jika ia adalah berkenaan masalah gaji, belum terdapat laporan NSFC mengalami kewangan.
Oleh itu, Sri Pahang boleh menjadi penentu. Kemenangan yang diraih oleh Tok Gajah pada Sabtu mungkin akan diraikan juga oleh penyokong NSFC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram