Bukan sahaja import Korea Selatan, Tan Cheng Hoe disebut antara 'big change' JDT?


  • Podium
  • Isnin, 24 Jun 2024

Cheng Hoe yang meninggalkan Police Tero dilaporkan menunggu masa untuk terbang ke bumi Johor.

BARU-BARU ini, nama pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat mencuri tumpuan selepas berkongsi petunjuk mengenai perancangan baharu untuk Harimau Selatan.

TMJ menerusi komen pada satu hantaran Harimau Selatan di Instagram berkongsikan mengenai perancangan besar yang dijangka berlaku dalam tempoh dua bulan.

"Selamat malam keluarga JDT. Banyak pembaharuan dalam setiap aspek akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan ini," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Assifuah masuk baru bergegar jaring, elok ganti Milos ketuai Sang Kenari

BACA LAGI: [VIDEO] 'Hadiah perkahwinan', pengantin lelaki kena beduk abang ipar sejurus akad nikah lepas kantoi buat ugutan bunuh

TMJ

Tangkap layar TMJ beri petunjuk mengenai perubahan akan berlaku dalam tempoh dua bulan.

Susulan itu, ramai penyokong tanah air sepertinya dapat menghidu mengenai perancangan tersebut dan tidak kurang juga ada berpendapat ia mempunyai kaitan dengan kemasukan pemain baharu.

Sebelum ini, pemain dari Korea Selatan, Park Jun-heong dilaporkan akan menyertai JDT selepas kontraknya bersama-sama Ratchaburi FC tamat pada 30 Jun 2024.

Meskipun begitu, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh JDT mengenai pengambilan import Korea Selatan itu.

Begitupun, ramai pula yang beranggapan bahawa Tunku Ismail yang juga sinonim dengan gelaran TMJ itu bakal membawa masuk bekas orang kuat Selangor FC.

Melihat kepada komen-komen di media sosial, penyokong tanah air khususnya mula menyebut nama bekas Ketua Jurulatih Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe.

Seperti mana yang diketahui peminat bola sepak, bekas pengendali Harimau Malaya itu pernah mengejutkan kancah bola sepak apabila mengambil keputusan meninggalkan Selangor yang akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.

PJH

Jun-heong dikhabarkan akan sertai JDT selepas kontraknya bersama Ratchaburi tamat. — Agensi

Ketika itu, perpindahan Cheng Hoe ke negara jiran adalah bertujuan untuk mengemudi kelab tercorot Liga 1 Thailand, Police Tero.

Susulan itu, perpindahan yang agak mengejut itu nyata menimbulkan banyak tanda tanya dengan Cheng Hoe lebih memilih untuk berhijrah ke pasukan tercorot.

Lebih keruh lagi, memasuki bulan Jun tahun ini, Cheng Hoe dilaporkan tidak lagi bersama kelab Thailand berkenaan namun timbul kekeliruan apabila laman Transfermarkt menunjukkan kontraknya sepatutnya tamat pada Jun 2025.

Dalam pada itu, penyokong Gergasi Merah mula berteka-teki ke manakah destinasi Cheng Hoe selepas ini.

Dengan hantaran baharu yang dikongsikan oleh TMJ itu, nampaknya ia seakan-akan memberi bayangan bahawa Cheng Hoe semakin hampir untuk berlabuh di bumi Johor.

Jika melihat kepada khabar angin sebelum ini, terdapat spekulasi Cheng Hoe akan ke JDT sebagai pengarah teknikal (TD) bagi menggantikan posisi Bidoglio yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jurulatih Harimau Selatan.

"Tak mungkin Bidoglio turun pangkat kepada TD dan Cheng Hoe mengambil posisinya sebagai pengendali JDT," demikian antara bunyi komen spekulasi perpindahan Cheng Hoe.

Sekiranya spekulasi tersebut betul, sudah pasti tanggapan penyokong tanah air yang mengatakan Cheng Hoe ke kelab Police Tero itu hanyalah sebagai 'persinggahan sementara' adalah benar.

Apatah lagi, ada pemain JDT seperti Mohamadou Sumareh pernah 'transit' di Police Tero sebelum diumumkan sebagai salah seorang ahli keluarga Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram