SEPANYOL berdepan risiko untuk tidak dapat menurunkan bintang muda mereka, iaitu Lamine Yamal ketika perlawanan akhir Euro 2024 menentang England pada pagi Isnin, waktu Malaysia, 15 Julai kelak.
Skuad La Roja masih boleh menurunkan pemain muda itu sebagai kesebelasan utama tetapi pengendalinya, Luis de la Fuente mungkin tidak dapat memainkannya sehingga tamat 90 minit perlawanan atau jika aksi berlanjutan ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.
Hal ini kerana, Yamal yang masih lagi berusia 16 tahun terikat dengan satu peraturan pelik di Jerman.
BACA LAGI: [VIDEO] Keraian Sepanyol bertukar suram, penyerang bintang cedera akibat kena 'gelecek' marsyal
Lamine Yamal cukup cemerlang untuk Sepanyol di Euro 2024. — Agensi
Hal ini kerana, di Jerman terdapat peraturan mengenai buruh yang tidak membenarkan pekerja di bawah 18 tahun untuk berbuat demikian melebihi 8 malam.
Akan tetapi, terdapat kelonggaran untuk ahli sukan apabila mereka dibenarkan bekerja sehingga 11 malam.
Oleh kerana itu, Yamal sering dilihat terpaksa digantikan apabila Sepanyol beraksi dalam perlawanan yang diadakan pada sebelah malam.
Sebagai contoh, Yamal ditukarkan pada minit ke-86, minit ke-71 dan minit ke-19 ketika aksi peringkat kumpulan menentang Croatia, Itali dan Albania.
Bagaimana pun, Sepanyol pernah melanggar peraturan tersebut apabila memainkan Yamal selama 90 minit ketika mereka menewaskan Georgia 4-1 dalam aksi 16 pasukan terbaik.
Pelanggaran tersebut membolehkan Sepanyol didenda RM152,000 ($32,500) oleh kerajaan Jerman namun itu belum lagi diputuskan oleh mereka.
Sepanyol mungkin mengambil langkah berani mati sekali lagi di perlawanan akhir jika mereka masih mahu menggunakan khidmat Yamal.
Dengan perlawanan diadakan pada 9 malam waktu tempatan, jika Yamal dimainkan sehingga 90 atau 120 minit, semestinya Sepanyol boleh didenda kerana melanggar peraturan negara Jerman.
Tetapi tindakan tersebut mungkin akan membawa hasil lumayan sekiranya Yamal beraksi dan membantu La Roja merangkul kejuaraan Euro menewaskan The Three Lions. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram