FINALIS Piala Asia, Ali Olwan yang beraksi selaku penyerang Jordan berpeluang mengikuti jejak langkah tiga rakannya iaitu Reziq Bani Hani, Noor Al-Rawabdeh dan Fadi Mahmoud Awad.
Ini selepas penyerang sensasi Jordan itu dilepaskan secara rasmi oleh kelab Qatar, Al-Shamal SC sejurus kontraknya tamat pada 30 Jun lalu.
Olwan yang beraksi baik dalam kejohanan Piala Asia itu menjadi buruan beberapa kelab ternama di rantau ini.
BACA LAGI: Tiada kemas kini kes asid Faisal Halim, Bukit Aman nafi hentikan siasatan
BACA LAGI: CEO Selangor jawab sebab Gergasi Merah tiada stadium, tak agresif berdialog terbuka
Pemain berusia 24 tahun itu menjadi tunjang utama Jordan untuk mara ke pentas final Piala Asia 2023 dan berada dalam satu kumpulan bersama Malaysia.
Disebabkan statusnya sebagai ejen bebas, Olwan kini berpotensi untuk mengikuti jejak langkah beberapa pemain Jordan yang berkelana di Liga Super.
Antara pemain Jordan yang menyinar di Liga Super termasuklah Yazan Al-Arab, Noor Al-Rawabdeh dan juga Reziq Bani Hani bersama Selangor.
Sebelum itu, pemain Kedah Darul Aman, Mahmoud Al-Mardi pernah menghangatkan saingan di Malaysia sekali gus merancakkan lagi perebutan takhta liga.
Namun nilai pasaran semasa pemain Jordan itu pasti menjadi halangan utama kelab Liga Super kerana hampir mencecah RM2.35 Juta.
Bersama Al-Shamal SC, Olwan telah menjaringkan sembilan jaringan dan melakukan 10 'assist' dalam 45 penampilan bersama pasukan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram