[VIDEO] Penyokong Perak keluar stadium tak hirau pemain, mula laungkan ‘YCL Out’


  • Podium
  • Ahad, 14 Jul 2024

Yusri digesa oleh penyokong untuk meletakkan jawatan selepas mengalami empat kekalahan dalam Liga Super.

PENYOKONG Perak FC tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa mereka apabila bertindak meninggalkan stadium sejurus sahaja aksi menentang Penang FC tamat.

Perak yang melayani kunjungan Penang tewas di tangan pelawat dengan keputusan 0-2 hasil jaringan Neto Oliveira dan Alif Ikmalrizal.

Ia sekali gus memberikan kemenangan pertama buat anak-anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam Liga Super musim ini selepas empat perlawanan.

BACA LAGI: Penyerang 'free agent' Jordan, peluang ikut jejak langkah Reziq, Rawabdeh?

BACA LAGI: Heberty, Juan Muniz duo paling bahaya Liga Super setakat ini

Di sebalik kegembiraan penyokong Harimau Kumbang menyambut tiga mata pertama mereka musim ini, lain pula ceritanya di Stadium Perak.

Menerusi perkongsian video laman Facebook, PERAK F.C Supporters kelihatan penyokong The Bos Gaurus sudah tidak tahan dengan kekalahan keempat Liga Super musim ini.

Malah dalam ruangan komen sudah ada laungan-laungan daripada penyokong yang mahu pengendali Perak, Yusri Che Lah (YCL) meninggalkan pasukan dengan segera.

"YCL kena 'out', itu sahaja masalah dia (Perak), kesian XOX berhabis ikhtiar dah bina pasukan," luah Firdauz Ibrahim.

"Kecewa! 'game' boleh menang tapi kalah, tak kisah lawan lepas ini kuat-kuat, takkan dengan Penang boleh kalah? Kami nak kemenangan sekarang ini," kata Shaz Rin.

"Dah-dah bagi peluang dekat YCL, Kuching City daripada barisan pemain dan jurulatih lagi nampak hebat dari Perak," jelas Jjohari Mohd.

Perak FC

Kesebelasan utama Perak ketika ditewaskan Penang dengan keputusan 0-2 di Stadium Perak pada Sabtu (14 Julai).

Untuk rekod, Perak telah mengalami empat kekalahan dalam lima perlawanan musim ini apabila tewas di tangan Terengganu (1-3), PDRM (2-3), Selangor (1-2) dan terbaharu Penang.

Perak yang kini menduduki tangga ke-11 Liga Super juga tersingkir awal daripada saingan Piala FA selepas tewas di tangan Sang Penyu.

Jika Yusri dipecat atau meletakkan jawatan ia bukanlah perkara pertama kali berlaku dalam kem Sang Seladang kerana jurulatih itu pernah diturunkan pangkat untuk memberikan laluan kepada Datuk Lim Teong Kim.

Bagaimanapun, Yusri kembali menerajui pasukan Perak FC selepas Teong Kim juga gagal memberikan impak kepada Sang Seladang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram