PIHAK tertinggi pengurusan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) sedang berusaha untuk melunaskan tunggakan gaji selama dua bulan pemain-pemain skuad The City Boys dalam masa terdekat.
Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar memaklumkan jumlah itu membabitkan tunggakan gaji bagi Mei dan Jun.
Syed Yazid berkata, pihaknya memahami keperitan yang terpaksa dihadapi pemain KL City dan pihak pengurusan sedang bekerja keras untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji.
BACA LAGI: 'Tak bayar gaji sejak awal liga', kelab Sang Utara turut alami masalah gaji?
BACA LAGI: Pengurusan tertinggi KL City tak tahu gaji tertunggak sampai 7 bulan, tidak dimaklumkan CEO
"Kami bekerja keras untuk membayar gaji pemain dan kita faham situasi terpaksa dihadapi pemain.
"Kami sedang berusaha untuk membayar gaji dua bulan kepada mereka dalam masa terdekat," katanya.
Sebelum ini, kapten KL City, Paulo Josue dilaporkan mendakwa dia tidak dibayar gaji selama tujuh bulan sejak Disember tahun lalu.
Difahamkan jumlah itu termasuk bagi bulan yang tiada aksi termasuk Januari, Februari, Mac dan April berikutan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini hanya bermula pada Mei lalu.
Mengikut rekod, sebelum ini KL City pernah terpalit dengan isu tunggakan gaji namun dikatakan sudah diselesaikan oleh pengurusan pasukan terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram