[VIDEO] Dua lelaki mabuk cari pasal ugut pemandu kena belasah 'satu bas' di Jambi


  • Benua
  • Ahad, 14 Jul 2024

Tangkap layar video menunjukkan penunggang motosikal sedang memukul pemandu bas.

TULAR sebuah video dalam media sosial menunjukkan dua penunggang motosikal bertindak secara berbahaya apabila bertindak mengejar dan menahan sebuah bas dalam kejadian di Jatim, Indonesia.

Menurut laporan Kumparancom, dua lelaki itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol bertindak mengejar dan memberi arahan kepada pemandu bas untuk memberhentikan kenderaan.

Tanpa menghiraukan keselamatan diri, dua lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya di hadapan kenderaan itu sebelum membuka tingkap bas dan memukul pemandu bas tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Tergamak bakar isteri muda Indonesia hidup-hidup gara-gara cemburu buta

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 3 tahun 'terbang' lebih 30 saat lepas terbelit tali layang-layang gergasi

Saksi kejadian, Kasri, 60, berkata, dua lelaki itu kelihatan mabuk dan berusaha untuk memberhentikan bas sebelum dipukul oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

"Mereka berusaha menghentikan bas, dua penunggang motosikal itu nampak mabuk, akhirnya mereka dipukul oleh penduduk setempat," katanya.

Ketika pemandu bas itu dipukul oleh kedua-dua lelaki terbabit, penumpang yang menaiki kenderaan tersebut turut turun untuk memukul dua penunggang tersebut.

Pergaduhan itu berlaku sebelum pihak polis hadir ke tempat kejadian untuk menghentikan insiden tersebut.

Jurucakap polis tempatan, mengesahkan perkara tersebut namun belum boleh memberikan sebarang butiran lanjut kerana kes itu masih lagi dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram