Kehadiran Harry Kane, bintang EPL dalam sesi latihan beri berita baik buat England menjelang final Euro 2024


  • Podium
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Kane dikhuatiri tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan akhir akibat kecederaan dialaminya pada aksi separuh akhir menentang Belanda. — Agensi

SKUAD Three Lions menerima berita baik menjelang perlawanan akhir Euro 2024 selepas dua tonggak utamanya, Harry Kane dan Kieran Trippier sudah kembali ke padang latihan.

Kedua-dua mereka yang dikeluarkan dalam aksi separuh akhir difahamkan mengalami kecederaan apabila masing-masing tidak dapat beraksi untuk 90 minit.

Kane yang merupakan kapten pasukan terpaksa digantikan dengan penjaring gol kemenangan, Ollie Watkins selepas buku lalinya dicederakan Denzel Dumfries yang menyaksikan England diberikan sepakan penalti.

BACA LAGI: Sejarah jadi bukti England mampu bergelar juara Euro 2024 berbanding Sepanyol

BACA LAGI: Morata merajuk, anggap Euro 2024 penampilan terakhir lepas bantu Sepanyol ke semi

WhatsApp Image 2024-07-13 at 11.54.02 PM

Kehadiran Kane (kiri) dan Trippier menjadi pemangkin semangat buat England. — Agensi

Trippier pula yang beraksi sebagai bek kiri dilaporkan bergelut dengan masalah di pangkal paha meskipun menjadi watak utama buat negaranya sepanjang kejohanan.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan media antarabangsa, kedua-dua mereka sudah kelihatan di padang latihan, sekali gus memberikan kelegaan buat pengendali, Gareth Southgate.

Menurut statistik, Kane yang merupakan tonggak kelab Jerman, Bayern Munich berada dalam landasan terbaik untuk meraih Anugerah Kasut Emas Euro 2024 selepas mencatatkan tiga gol setakat ini.

Bagi Trippier pula, prestasi memberangsangkan dicatatkan sepanjang musim untuk pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United diperlukan baik dari segi serangan mahupun pertahanan buat England.

Meskipun naib juara Euro 2020 itu memiliki lambakan pilihan lain, pengalaman kedua-dua bintang berkenaan amat diharapkan bagi memastikan kejayaan berjaya dikecapi.

England bakal berdepan Sepanyol dalam perlawanan akhir pada awal pagi Isnin di Stadium Olimpik, Berlin dalam misi menjulang trofi berkenaan buat kali pertama dalam sejarah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram