Sejarah jadi bukti England mampu bergelar juara Euro 2024 berbanding Sepanyol


  • Podium
  • Sabtu, 13 Jul 2024

England berjaya mara ke pusingan akhir Euro 2024 selepas menyingkirkan Belanda. — Agensi

ENGLAND diramal menjuarai Euro 2024 sekali gus memenanginya buat kali pertama sejak kejohanan itu dipertandingkan pada 1960.

Ia selepas satu hantaran di laman Twitter (X) memaparkan sejarah pasukan England ketika beraksi di bumi Berlin.

Menurut laporan tersebut, England merekodkan empat kemenangan dan dua kali seri aksi dalam perlawanan antarabangsa yang masing-masing diadakan di beberapa stadium di Berlin antaranya Stadium Olimpik, Berlin.

BACA LAGI: Kumaahran yakin boleh ganti Saddil, Romel tidak rasa 'asing' bersama JDT

BACA LAGI: 'Kami mahu menang lawan Penang', bintang Perak FC harap pemain ke-12 bantu kutip 3 mata penuh

WhatsApp Image 2024-07-13 at 16.16.00

Sejarah England beraksi di bumi Berlin sejak 1930. — Agensi

Menariknya sejarah tersebut, England bertemu dengan pasukan Jerman.

Sepanjang beraksi di bumi Berlin, England pernah merekodkan jumlah jaringan yang besar iaitu 6-3 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Olimpik, Berlin.

Dalam pada itu, ramai penyokong beranggapan bahawa England memiliki peluang yang cerah untuk menewaskan Sepanyol sekali gus bergelar juara Euro bagi musim 2024.

England yang mempunyai 'jodoh' kuat di bumi Berlin itu dijangka mampu melakar sejarah sekali lagi namun kali ini akan bertemu Sepanyol di final Euro 2024.

England berjaya mara ke pusingan akhir Euro 2024 selepas menyingkirkan Belanda dengan keputusan 2-1 pada Khamis lalu.

Dua jaringan England berjaya dicetak oleh Harry Kane menerusi sepakan penalti dan Ollie Watkins. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram