Lepas peristiwa di Bundesliga, tonggak Sepanyol berazam lanjutkan 'sumpahan' trofi Harry Kane


  • Podium
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Olmo kini menjadi penjaring terbanyak Sepanyol di pentas Euro 2024 dengan tiga gol. β€” Instagram/Olmo

TONGGAK Sepanyol, Dani Olmo mendedahkan keinginannya untuk melanjutkan 'sumpahan' trofi Harry Kane dalan pusingan akhir Euro 2024 menentang England pada Isnin di Stadium Olimpik dekat Berlin, Jerman.

Sebelum ini Olmo pernah mengecewakan Kane dalam saingan Bundesliga apabila Bayern Munich tewas mengejut 0-3 pada Ogos kepada RB Leipzig, dengan pemain tengah menyerang Sepanyol itu menjaringkan hatrik dalam aksi akhir Piala Super Jerman.

Mengimbas kembali perlawanan akhir Euro 2024 yang akan datang, Olmo tidak menyembunyikan hasratnya untuk menggagalkan Kane sekali lagi dan bertekad untuk membantu skuad La Roja merangkul trofi Euro 2024.

BACA LAGI: Sejarah jadi bukti England mampu bergelar juara Euro 2024 berbanding Sepanyol

BACA LAGI: [VIDEO] 'Grip' kepala lawan sebelum hentak ke padang, bintang Sepanyol terlepas hukuman siap jaringkan gol

"Sudah tentu, ia akan menjadi impian untuk menjaringkan hatrik di final dan saya juga berimpian untuk memenangi perlawanan berkenaan," kata pemain berusia 26 tahun berkenaan.

Pasukan bimbingan Luis De La Fuente memasuki perlawanan akhir dengan rekod mengagumkan selepas memenangi kesemua enam perlawanan mereka tanpa memerlukan penentuan sepakan penalti.

Persembahan cemerlang ini meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan untuk pertembungan pada Ahad ini. Olmo bagaimanapun tetap berhati-hati tentang pertahanan England, mengakui keupayaan mereka untuk menjaringkan gol pada lewat perlawanan.

WhatsApp Image 2024-07-13 at 18.47.20

Kane hanya perlu melalui pusingan akhir Euro 2024 untuk meraih trofi pertamanya. β€” Instagram/Kane

β€œIa adalah pasukan yang tidak pernah berputus asa, itu sudah pasti. Kami perlu fokus sepanjang perlawanan, dan tidak kira sama ada kami sedang mendahului ataupun tidak," katanya.

Olmo dan Kane terikat dengan tiga gol dengan kedua-dua mereka sedang bersaing untuk mengejar anugerah Kasut Emas.

Kane menjaringkan gol dari sepakan penalti pada separuh akhir England menentang Belanda, manakala Olmo mempamerkan kemahirannya dengan gol menakjubkan ketika bertemu Perancis.

Walau bagaimanapun, jika bintang RB Leipzig berkenaan terus menjaringkan hatrik maka Kane mungkin terlepas memenangi anugerah Kasut Emas berturut-turut dalam Kejohanan Eropah. β€” Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram