PEMAIN muda Sepanyol, Lamine Yamal semakin diangkat sebagai salah seorang 'ubi muda' terbaik dala kejohanan Euro 2024 selepas konsisten dalam membantu skuad La Roja mara sehingga ke peringkat akhir.
Prestasi Yamal bersama pasukan bimbingan Luis de la Fuente semakin menyerlah apabila golnya ketika kemenangan 2-1 bertemu Perancis menjadikannya sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol dalam sejarah Euro.
Yamal menjaringkan gol menerusi sepakan padu dari luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan selepas Randal Kolo Muani meletakkan Perancis di depan sebelum Dani Olma meledak gol kemenangan Sepanyol.
BACA LAGI: Kem Jerman bergolak sebelum Euro 2024, 2 tonggak hampir gaduh besar ketika latihan
Walaupun pemain berusia 16 tahun itu kelihatan sangat matang ketika beraksi namun hakikatnya, Yamal masih mempunyai sikap kebudak-budakan apabila dia dikesan mahu mengejak penyerang Perancis, Kylian Mbappe.
Ketika dalam perjalanan ke sesi temu bual pasca perlawanan bertemu Perancis, bintang muda Barcelona itu dilihat membawa topeng watak rancangan televisyen kanak-kanak popular iaitu Ninja Turtle.
Bagi sesiapa yang mengenali Mbappe, ketua pasukan Perancis itu mendapat nama samaran sebagai Ninja Turtle kerana ada penyokong melihat wajah pemain ReaL Madrid itu mirip dengan watak kartun berkenaan.
Gurauan Mbappe mirip dengan watak Ninja Turtle semakin diperkatakan apabila penyerang itu terpaksa memakai topeng ketika kejohanan Euro 2024 susulan kecederaan dialaminya.
Rancangan Yamal untuk menggunakan topeng berkenaan bagaimanapun terkantoi apabila salah seorang pegawai bertugas mengambilnya sebelum pemain muda itu menghadiri temu bual dengan wartawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram