'England tak patut dapat penalti itu, bola sepak musnah kerana VAR' — Ronald Koeman


  • Podium
  • Khamis, 11 Jul 2024

Koeman jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. — Agensi

PENGENDALI Belanda, Ronald Koeman jelas tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan dalam perlawanan separuh akhir Euro 2024 menentang England.

Dalam aksi tersebut, Belanda tumpas 1-2 dengan Oranje memboloskan sepakan penalti pada minit ke-18 sebelum ia disempurnakan oleh Harry Kane.

Pengadil perlawanan, Felix Zwayer pada mulanya tidak memberikan sepakan penalti namun selepas semakan dibuat menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR), ia diberikan kepada England.

BACA LAGI: Euro 2024: Bukan macam Bellingham, bek kental Man United tak kisah pengadil kontroversi England-Belanda

BACA LAGI: Euro 2024: Pengendali Belanda bengang, anggap kemenangan 'dirompak' VAR

8eb11770-3f0d-11ef-ab98-f3d83b4deb91

Zwayer (kiri) menyemak semula insiden penalti England di skrin VAR. — Agensi

Koeman jelas tidak berpuas hati dengan situasi tersebut kerana dalam insiden tersebut, pertahanan Belanda, Denzel Dumfries cuma mahu menghalang rembatan Kane.

"Itu bukannya penalti. Niat dia cuma mahu menghalang rembatan tersebut. Harry Kane kemudiannya merembat bola dan kaki kedua-dua pemain bertembung.

"Bola sepak sudah dimusnahkan oleh keputusan sebegitu oleh VAR. Penalti sebegitu tidak sepatutnya diberikan kepada England," kata Koeman.

Gol Kane itu memadam pendahuluan sementara Belanda yang dilakar oleh Xavi Simons pada minit ke-7 sebelum Ollie Watkins menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-90 perlawanan untuk menghantar The Three Lions ke perlawanan akhir bertemu Sepanyol.

Koeman beranggapan pengadil terlalu banyak meniup wisel kerana perkara-perkara yang dianggap "bodoh" ketika perlawanan.

"Apa yang seorang pertahanan perlu lakukan? Saya rasa pengadil banyak meniup wisel untuk pelbagai benda bodoh, tapi itu bukannya sebab kami kalah," jelas Koeman. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram