BEK pertahanan Sepanyol, Nacho Fernandes salah satu watak penting membantu skuad La Roja menewaskan Perancis 2-1 sekali gus dalam aksi separuh akhir Euro 2024 di Munich Football Arena dekat Munich, Jerman pada Rabu.
Aksi cemerlang pemain itu dalam membantu Sepanyol lolos ke final Euro 2024 bagaimanapun ditutup dengan insiden kontroversi yang menyaksikan Nacho melakukan kekasaran terhadap pemain Perancis, Kolo Muani.
Imej bekas pemain Real Madrid berkenaan semakin terjejas apabila ramai penyokong bola sepak dunia mengkritik tindakannya yang menolak kepada penyerang pasukan dengan jolokan Les Bleus itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Keraian Sepanyol bertukar suram, penyerang bintang cedera akibat kena 'gelecek' marsyal
BACA LAGI: Mbappe akui kehilangan bekas bintang Man United punca jentera serangan Perancis tumpul di Euro 2024
Menerusi video yang tular di media sosial dan laporan media luar negara, bek tengah berusia 34 tahun berkenaan meletakkan tangan kirinya di belakang kepala Kolo Muani dan turut dikesan menghempasnya ke padang.
"Sudah macam insiden polis tangkap penjenayah ini," kata penyokong, MoeenSh2014.
"Aksi bola sepak paling teruk pernah dilihat," komen penyokong bola sepak, Exe.
Kejadian berkenaan memberi satu tamparan hebat yang menyebabkan Kolo Muani memegang kepalanya dalam kesakitan namun sikap juang pemain itu wajar dipuji apabila segera bangkit membantu Perancis.
Nacho shoving Kolo Muani's head into the ground pic.twitter.com/QYfdNdevhg
— Chelsea Core (@exe_chelsea) July 9, 2024
Beberapa saat selepas insiden kontroversi yang tidak dihukum oleh pengadil itu. Kolo Muani menanduk masuk hantaran lintang Kylian Mbappe dan meletakkan Perancis di hadapan seawal minit kelapan.
Gol pendahuluan Perancis bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pemain berusia 16 tahun, Yamine Lamal menyamakan kedudukan Sepanyol pada minit ke-21 dan sentuhan Dani Olmo membawa pasukan bimbingan Luis De La Fuente ke final Euro 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram