'Sifu' Nafuzi Zain optimis, Milos Gordic jadi aset penting Kedah kutip 3 mata lawan Kelantan


  • Podium
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Kedah akan melayani kunjungan KDN FC di Stadium Darul Aman bagi perlawanan minggu ke-5 Liga Super pada Jumaat.

BEKAS pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim yakin Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan membawa pulang tiga mata di halaman sendiri meskipun kem itu didakwa mempunyai masalah kewangan.

Irfan turut percaya bahawa pemain-pemain Sang Kenari begitu semangat untuk beraksi dalam perlawanan Liga Super selepas layak ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Sang Kenari dijadualkan akan bertemu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah dalam perlawanan minggu kelima Liga Super pada Jumaat (12 Julai).

BACA LAGI: 'Tak bayar gaji sejak awal liga', kelab Sang Utara turut alami masalah gaji?

BACA LAGI: Tak nafi kos tinggi tapi permintaan Sanusi minta tuan rumah tanggung bajet belum pernah dibuat — MSN Selangor

Irfan Bakti

Irfan (kiri) dan Nafuzi (kanan) pernah bersama-sama mengendalikan Terengganu FC.

"Pemain (Kedah) masih semangat untuk kekal bermain.

"Walaupun pemain import Kedah, Milos Gordic mendapat kecaman daripada orang ramai tapi saya percaya pengendali Kedah masih berharap penyerang itu dapat melakukan sesuatu.

"Saya juga percaya Milos akan menjadi pemain yang penting buat Kedah dalam pertemuan menentang Kelantan Darul Naim FC pada Jumaat.

"Untuk empat perlawanan terakhir Kedah menang di 'home' dan 'away' memberi gambaran awal bahawa pemain Sang Kenari sangat bersedia untuk bertemu KDN FC," katanya kepada Majoriti.

Irfan yang pernah dibantu Nafuzi Zain semasa mengendalikan Terengganu FC pada musim 2017 hingga 2019 itu turut mengetahui taktikal kegemaran digunakan jurulatih kelahiran Kelantan itu.

"Saya tahu Nafuzi ini dia punya 'style' suka main simpan bola, tak nak hilang bola dan itu ialah 'ball positioning'.

"Simpan bola ini memang kelebihan Nafuzi dan Kedah, itulah cara dia menekankan corak permainannya kepada pasukan.

"Milos dan Assifuah (Ebenezer) akan memainkan peranan penting untuk taktikal Nafuzi kali ini," jelasnya.

Untuk rekod, Kedah kini menduduki tangga kesembilan Liga Super dengan mencatatkan dua kemenangan dan kekalahan dalam empat perlawanan terakhir.

Manakala, KDN FC pula menduduki tangga tercorot Liga Super apabila merekodkan tiga kekalahan dan satu kemenangan dalam empat perlawanan terakhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram