Siapalah Kedah, Penang & TFC musim ini tanpa kelibat 3 bintang pinjaman memukau


  • Podium
  • Rabu, 10 Jul 2024

Syafiq Ahmad menjaringkan gol terpantas Liga Super pada aksi menentang PDRM FC. — Kedah Darul Aman FC

SEPERTI musim-musim sebelumnya, Liga Malaysia (Liga M) menyaksikan beberapa kelab melakukan perpindahan pinjaman pemain bagi menguatkan skuad mereka.

Perpindahan pinjaman dilihat jalan lebih jimat untuk sesebuah kelab mendapatkan pemain kerana mereka tidak perlu membayar yuran dan dalam sesetengah situasi, kelab asal pemain tersebut akan menanggung gaji seperti biasa.

Walaupun sekadar pinjaman, tetapi aksi diberikan tetap berkualiti hinggakan mampu membantu kelab sementara mempunyai musim baik.

BACA LAGI: [VIDEO] Syafiq Ahmad hanya perlukan 33 saat buktikan diri masih berbisa

BACA LAGI: TFC penggilap sebenar bakat lokal, FH dan duo JDT contoh terbaik

Ketajaman Syafiq Ahmad

Syafiq tiba di Kedah Darul Aman FC untuk kali ketiga pada musim ini sebagai harapan dapat membantu jentera serangan Sang Kenari.

Ketajaman penyerang tersebut terserlah pada awal musim apabila pemain tersebut menyumbat gol terpantas Liga Super sewaktu Kedah menewaskan PDRM FC.

Impak Syafiq bukan setakat berkisar mengenai dirinya semata-mata tetapi kepada skuad Kedah juga. Ia dapat dilihat apabila pemain tersebut berjaya mencipta keserasian baik dengan penyerang import iaitu Ebenezer Assifuah.

Pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) ini sememangnya merupakan penyerang berkualiti. Hingga kini, namanya masih disebut sebagai antara yang terbaik hingga mampu memimpin barisan serangan Harimau Malaya.

2702667

Syafiq (kiri) menunjukkan kualitinya sebagai penyerang bersama-sama Kedah. — Kedah Darul Aman FC

Ketangkasan Sikh Izhan

Seorang lagi pemain pinjaman yang memberikan impak baik kepada pasukan sementarannya adalah penjaga gol Penang FC, Sikh Izhan Nazrel.

Dipinjamkan dari Selangor FC, Sikh Izhan terus menunjukkan kualitinya sebagai penjaga gol muda berpotensi apabila ketangkasannya berjaya merekodkan tiga nirbolos (clean sheet) pada musim ini.

Bersama Penang, Sikh Izhan terus membuktikan yang kenapa dia berhak menjadi sebahagian daripada trio penjaga gol Harimau Malaya bersama-sama Syihan Hazmi dan Azri Ghani.

Jika prestasinya kekal baik sehingga akhir musim, tidak terkejut jika Sikh Izhan akan diangkat sebagai antara penjaga gol berprestasi tinggi selepas tamat kempen domestik.

449438957_1027828662191121_1732943834720277849_n

Sikh Izhan merupakan penjaga gol pinjaman Penang dari Selangor. — Penang Football Club

Kebangkitan Safawi Rasid

Ibarat pemain baharu, kebangkitan Safawi Rasid bersama-sama Terengganu FC pada musim ini seharusnya diberikan pujian.

Bukan setakat menguatkan bahagian sayap, Safawi turut hadir dengan kualitinya sebagai ketua pasukan membantu Terengganu melayari musim yang baik setakat ini terutamanya berjaya ke separuh akhir Piala FA.

449935654_467952365946203_6657197328011865955_n

Safawi kembali ke prestasi baiknya bersama Terengganu. — Terengganu Football Club

Mungkin pada awalnya, persembahan Safawi dilihat 'berkarat', namun selepas mengharungi perlawanan demi perlawanan, dia mula menunjukkan kualitinya sebagai salah seorang pemain terbaik di negara.

Kebangkitan Safawi pasti akan memanfaatkan Terengganu. Dengan dua gol sudah tercatat setakat ini pada namanya, Safawi masih boleh menghasilkan lebih banyak gol bagi skuad Penyu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram