'Tak bayar gaji sejak awal liga', kelab Sang Utara turut alami masalah gaji?


  • Podium
  • Khamis, 11 Jul 2024

Sebuah pasukan daripada utara dikhabarkan mengalami masalah tunggakan gaji. — Gambar Hiasan

KEMELUT masalah tunggakan gaji Liga Super terus berlaku musim ini meskipun penganjur liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dikatakan mahu melaksanakan peraturan Financial Fair Play (FFP) bagi kejohanan tahun ini.

Antara pasukan yang didakwa mempunyai masalah tunggakan gaji ialah Sri Pahang FC, Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC di mana ada pasukan tidak membayar gaji pemain sehingga tujuh bulan.

Ini memberikan gambaran bahawa pengubahan jadual MFL serta peningkatan kuota import meningkatkan lagi kos pasukan untuk bersaing dalam liga ketika ini.

BACA LAGI: 'Kurangkan kuota import bukan penyelesaian masalah tunggakan gaji', tegas legenda Harimau Malaya

BACA LAGI: Dapat tajaan hampir RM10 juta, institusi perbankan hampir pasti penaja utama Sang Kenari?

Terbaharu sebuah lagi pasukan Liga Super dikhabarkan turut mempunyai masalah tunggakan gaji meskipun pemain-pemain kelab itu beraksi dengan baik sehingga layak ke separuh akhir Piala FA.

Menurut sumber Majoriti, sebuah pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air tidak membayar gaji pemain sejak bermulanya Liga Super musim ini.

Kuala Lumpur Paulo Josue Sturmer Dos Reis.

Paulo Josue antara pemain KL City yang tidak mendapat gaji selama tujuh bulan.

"Daripada mula liga masih tak dapat (gaji) lagi, dah dalam tiga atau empat bulan, tetapi pemain-pemain masih boleh beri sesuatu lagi.

"Tapi ura-ura untuk pemain import tamatkan kontrak seperti pasukan lain tiada lagi meskipun gaji tidak berbayar.

"Mungkin walaupun tidak dapat gaji mereka masih mendapat duit untuk makan untuk teruskan rutin harian.

"Namun begitu, pihak pengurusan pun dikatakan sedang bergolok bergadai untuk menyelesaikan tunggakan tersebut," katanya kepada Majoriti.

Isu tunggakan bayaran gaji kelab Liga Super pada musim ini ibarat menjadi duri dalam daging kepada beberapa kelab Liga Super kerana ia bagai tidak berpenghujung.

Zaquann

Zaquan Adha mendakwa kebanyakan pemain tak boleh bersuara atau cakap apa-apa masalah dalam dalaman seperti isu gaji kerana terikat dengan kontrak pasukan.

Malah bekas pemain Negeri Sembilan FC itu memuat naik satu hantaran di laman Instagram berkenaan isu yang acap kali berulang bagaikan tiada jalan penyelesaian sehingga terpaksa memerah keringat bermain secara sukarela.

"Inilah jadi bila player tak berani bersuara dan fight pasal gaji, tapi tulah bila bersuara atau fight pasal gaji kau akan terima padah next season, management tak nak ada pemain banyak bersuara atau erti kata lain 'kepala dalam team'.

"Lepas itu akan ada satu term yang player semua kena sign, dalam term itu player tak boleh bersuara atau cakap apa-apa masalah dalam dalaman (contoh isu gaji).

"Lebih baik ada pemain yang fight pasal gaji dan akhirnya masalah gaji selesai daripada pemain berdiam diri dan hadaplah gaji yang berbulan-bulan tak bayar, tu pun kalau bayarlah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram