PENDEDAHAN pemain naturalisasi kebangsaan, Paulo Josue tidak mendapat gaji selama tujuh bulan menerusi satu laporan media ternyata memeranjatkan pengurusan tertinggi Kuala Lumpur City FC (KL City).
Menurut laporan Arena Metro, Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar menjelaskan, barisan kepimpinan tertinggi tidak dimaklumkan bahawa tunggakan gaji yang melanda pemain skuad itu mencecah tujuh bulan.
Sebagai rekod Kuala Lumpur United Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan pasukan KL City FC dengan pengarahnya kini hanya Syed Yazid berbanding tiga sebelum ini.
BACA LAGI: 'Kurangkan kuota import bukan penyelesaian masalah tunggakan gaji', tegas legenda Harimau Malaya
BACA LAGI: Dapat tajaan hampir RM10 juta, institusi perbankan hampir pasti penaja utama Sang Kenari?
Justeru pihak pengurusan akan mengadakan pertemuan dengan pihak tertentu dan pemain dalam usaha menyelesaikan isu tunggakan gaji skuad City Boys.
Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar menjelaskan, barisan kepimpinan tertinggi tidak dimaklumkan bahawa tunggakan gaji yang melanda pemain skuad itu mencecah tujuh bulan.
Sebagai rekod, Kuala Lumpur United Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan pasukan KL City FC dengan pengarahnya kini hanya Syed Yazid berbanding tiga sebelum ini.
Syed Yazid memaklumkan, menerusi pembentangan dalam mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) juga tidak dinyatakan secara terperinci mengenai tunggakan gaji dengan seolah-olah skuad The City Boy tidak berhutang dengan pemain.
Tegas beliau, isu tunggakan gaji akan diselesaikan segera kerana dibimbangi akan menjejaskan prestasi pasukan dalam mengharungi saingan Liga Super musim ini.
“Saya akan berjumpa dengan barisan pemain untuk mengetahui lebih jelas lagi tunggakan gaji yang melanda pasukan.
“Mungkin setiap pemain tunggakan gaji berlainan dan agak mengejutkan apabila tonggak KL City, Paulo Josue tidak dibayar hingga tujuh bulan.
“Stanley Bernard (CEO) tak pernah nyatakan tunggakan gaji sebanyak ini (tujuh bulan) malah situasi sama juga ketika mesyuarat Exco KLFA,” katanya.
Mengikut rekod, sebelum ini KL City FC pernah terpalit dengan isu tunggakan gaji namun dikatakan sudah diselesaikan oleh pengurusan pasukan terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram