Dua wartawan diugut pembuli siber Esha — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Selasa, 09 Jul 2024

Ahli keluarga Esha tidak dapat menyembunyikan kesedihan terhadap nasib malang yang menimpa pempengaruh itu akibat buli siber.

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan dua wartawan mengadu kepadanya yang mereka turut diancam oleh pembuli siber sama yang mengugugt pempengaruh media sosial, Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya, Khamis lalu.

Beliau berkata, kedua-dua wartawan itu melaporkan pembuli siber telah menakut-nakutkan mereka dengan mengambil gambar kediaman dan ahli keluarga mereka.

BACA LAGI: Penutupan pintu pagar balai polis tak jejas perkhidmatan masyarakat — KPN

BACA LAGI: Tiada kemas kini kes asid Faisal Halim, Bukit Aman nafi hentikan siasatan

Lembah Pantai MP Fahmi Fadzil was one of the panels of speakers sharing his life journey and thoughts with the students of Taylor's University at the Troublemaker's Manifesto Design Colloquium organised by The Design School on Nov 8.

Fahmi Fadzil arahkan SKMM ambil tindakan terhadap mereka yang melakukan buli siber.

"Paling mengejutkan ada sekurang-kurangnya dua orang wartawan yang telah menghubungi saya mengadu bahawa orang yang telah buli siber mendiang Esha juga telah menghubungi mereka.

"Dan mereka berasa sangat takut pada waktu itu kerana pembuli siber ini sehingga sanggup mengambil gambar tempat tinggal dan ahli keluarga mereka.

"Jadi, ini adalah ugutan jenayah dan ada dalam kalangan mereka (pembuli) berselindung di sebalik akaun palsu,"

"Jika anda berani bersuara, anda harus berani menghadapi akibatnya. Bersembunyi di sebalik akaun palsu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

"Masalahnya sekarang ialah buli siber dilakukan dengan menjemput orang ramai dalam siaran langsung untuk secara kolektif menghina dan mempersendakan orang lain," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pusat Pengalaman Al Celcom Digi pada Selasa.

Fahmi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap mereka yang memberi komen semasa siaran langsung di media sosial yang mana perkataan digunakan boleh ditafsirkan sebagai buli siber atau jika komen yang tidak sesuai disiarkan.

Fahmi juga berkata, beliau akan bertemu Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membincangkan isu buli siber di Parlimen pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan pempengaruh Rajeswary, yang juga aktivis ditemui meninggal dunia di rumahnya, Khamis lalu, iaitu sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya. — The Star/KHOO GEK SAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram