PENYOKONG bola sepak negara masih kesal dengan tindakan bapa pelajar yang berlagak samseng selepas anak mereka yang bermain di padang dilayangkan kad merah.
Sebelum ini, tular di media sosial seorang lelaki merupakan bapa kepada salah seorang pemain dalam perlawanan bola sepak di sekolah tersebut cuba memasuki padang sambil membawa sebatang objek dipercayai sebatang besi.
Tindakan bapa itu bagaimanapun dihalang pegawai MSSM dan seorang anggota RELA merampas objek yang dibawa.
BACA LAGI: [VIDEO] Bapa ambil batang besi nak pukul pengadil, anak kena kad merah di Kuala Pilah
BACA LAGI: [VIDEO] 'No 17 kuat makan orang', pemain bola sepak amatur terjah kasar kena kad merah
Kejadian itu dipercayai dipercayai berlaku dalam satu kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Video yang tular itu turut menyaksikan pertengkaran mulut antara bapa pelajar dengan anggota RELA dan pegawai kejohanan namun keadaan dapat dikawal.
Anggota RELA kemudian menenangkan bapa berkenaan sebelum dia bersama anaknya berlalu pergi meninggalkan venue perlawanan.
Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin berkata, kejohanan bola sepak itu adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jadual perlawanan membabitkan beberapa venue di seluruh negara.
Pengadil perlawanan dilantik pihak MSSM dan bukan dalam kalangan guru di negeri ini.
"Pihak sekolah yang menjadi venue perlawanan sudah mengambil tindakan sewajarnya termasuk aspek kawalan keselamatan terutama dalam menghadapi kerenah penyokong di luar padang.
"Semua prosedur kawalan keselamatan juga dipatuhi bagi menangani situasi yang berlaku seperti video yang tular," katanya.
Bapak siapakah ini? pic.twitter.com/8BtUYXyxRj
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) July 8, 2024
Dalam pada itu, berdasarkan komen orang ramai, kebanyakan kurang senang dengan tindakan bapa berkenaan yang dilihat terlebih emosi malah ada yang mahu bapa berkenaan meminta anaknya bermain congkak.
Pengguna media sosial juga mempertikaikan bagaimana anaknya yang baru bermain dalam liga MSSM namun si bapa sudah besar kepala.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan sudah diselesaikan secara baik dan berharap ia menjadi pengajaran kepada semua pihak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram