KURANG daripada tiga minggu jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan membuka tirainya.
Ini kerana bulan depan, rata-rata pasukan akan cuba menambah baik kelab masing-masing untuk mengharungi saingan liga yang lebih panjang.
Namun sebelum jendela perpindahan kedua dibuka, pernahkah anda tertanya siapakah pemain tempatan yang mencatatkan minit permainan tertinggi ketika ini?
BACA LAGI: 'Kurangkan kuota import bukan penyelesaian masalah tunggakan gaji', tegas legenda Harimau Malaya
BACA LAGI: [VIDEO] Perlu penyerang lokal, fans Penang cadang Akmal Rizal pikat balik anak jati Seberang Perai
Dengan perlawanan Liga Super akan memasuki minggu kelima, Majoriti senaraikan tiga pemain tempatan catat minit permainan tinggi setakat ini:
1. Syamer Kutty Abba
Pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Syamer Kutty Abba bagai mendapat peluang kedua untuk membuktikan kemampuannya di pentas tertinggi bola sepak negara.
Ini selepas dia mendapat kepercayaan daripada pengendali Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk menjadi jeneral tengah Harimau Kumbang musim ini.
Syamer telah merekodkan 480 minit permainan dan memecahkan rekod 224 'game time' bersama JDT musim lepas.
Pemain berusia 27 tahun itu semestinya mahu mengekalkan momentum sedia ada untuk terus beraksi selepas dia terpaksa berehat panjang akibat kecederaan sebaj beberapa musim kebelakangan ini.
2. Sikh Izhan Nazrel
Kedudukan penjaga gol utama Selangor, Samuel Somerville pastinya tercabar jika Sikh Izhan Nazrel terus mempamerkan aksi cemerlang bersama Penang musim ini.
Sikh Izhan yang dipinjamkan oleh Selangor ke Penang bagi memberi ruang untuk mendapatkan minit permainan telah berjaya memikat hati Akmal Rizal.
Sama seperti Syamer, Sikh Izhan berjaya menewaskan penjaga gol senior lain untuk menjadi benteng terakhir Harimau Kumbang musim ini.
Anak jati Pulau Pinang itu turut merekodkan minit permainan yang tinggi sama seperti Syamer.
3. Muhammad Alif Zakaria
Pemain bertubuh kecil, Muhammad Alif Zakaria pastinya menangkap mata pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk memanggilnya untuk kem kebangsaan yang akan datang.
Alif Zakaria yang menjadi pilihan utama Tomislav Steinbruckner itu sudah merekodkan 488 minit permainan bersama Sang Penyu.
Dalam empat perlawanan Liga Super, pemain pertahanan kiri itu beraksi 90 minit tanpa sebarang gantian pernah dibuat terhadapnya lagi.
Ini memberi peluang buat Alif Zakaria untuk menyarung jersi Harimau Malaya di masa akan datang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram