PENYOKONG Terengganu FC (TFC) tampak sangat berpuas hati dengan prestasi semasa yang ditonjolkan oleh anak-anak buah Tomislav Steinbruckner apatah lagi menewaskan Sabah dengan keputusan yang sangat besar.
TFC berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala FA dengan agregat 7-0 sekali gus merekodkan jaringan yang sangat besar selain Johor Darul Ta'zim (JDT).
Namun begitu, penyokong masih berasakan ada yang tidak cukup di posisi serangan Sang Penyu sehingga mereka mahu pihak pengurusan membawa masuk penyerang muda Kuala Lumpur City FC (KL City), Muhammad Haqimi Azim.
BACA LAGI: 'Kurangkan kuota import bukan penyelesaian masalah tunggakan gaji', tegas legenda Harimau Malaya
BACA LAGI: [VIDEO] Perlu penyerang lokal, fans Penang cadang Akmal Rizal pikat balik anak jati Seberang Perai
Ini kerana KL City yang didakwa sedang mengalami tunggakan gaji pastinya akan memberi ruang untuk beberapa kelab Liga Super memancing bintang mereka.
Penyokong TFC beranggapan bahawa pemain Harimau Muda itu mampu memberikan sesuatu buat barisan serangan Sang Penyu.
"Pengurusan TFC tak ada perancangan ke nak ambil Haqimi Rosli? Fizikal, ketinggian, dribbling memang sangat sesuai ganti Akinade (Ismaheel).
"Pemain ini muda lagi, bawah jurulatih Tomislav saya rasa dia ini boleh pergi jauh.
"Penjaga gol, pertahanan, sayap TFC dah pakai pemain tempatan, cuba penyerang pula yang tempatan," kata salah seorang penyokong TFC.
Bersama The City Boys musim ini, Haqimi telah beraksi dalam empat perlawanan dan menjaringkan satu gol dan assist.
Baru berusia 21 tahun, Haqimi telah beraksi dalam 43 perlawanan secara kompetitif bersama KL City malah melakukan dua penampilan di Piala AFC.
Untuk memelihara masa depan Haqimi, ia sesuatu yang wajar untuk penyerang muda itu berhijrah ke pasukan lain.
Antara pasukan yang lebih stabil ketika ini buat Haqimi ialah Terengganu, Selangor FC, Penang FC dan JDT. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram