[VIDEO] 'No 17 kuat makan orang', pemain bola sepak amatur terjah kasar kena kad merah


  • Podium
  • Khamis, 13 Jun 2024

Tangkap layar video aksi berbahaya yang dilakukan oleh seorang lelaki sehingga hampir menyebabkan pergaduhan.

SEJAK akhir-akhir ini, banyak insiden pergaduhan membabitkan ‘scene’ bola sepak amatur sehinggakan ada yang mengalami kecederaan serius seperti patah kaki.

Pergaduhan itu juga bukan hanya melibatkan kejohanan amatur tetapi perlawanan persahabatan turut terkesan dengan perbuatan negatif itu.

Apakah punca pergaduhan itu berlaku?

BACA LAGI: Pemain naturalisasi pertama Indonesia pernah sarung jersi Penang FC

BACA LAGI: Bola sepak akan menunggu Faisal Halim — Hannah Yeoh

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu dilayangkan kad merah kerana melakukan beberapa kekasaran terhadap pemain lawan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Padang Sintetik Simpang Ampat, Perlis mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu berjaya merakamkan aksi terjahan yang dilakukan oleh seorang lelaki sehingga hampir tercetusnya pergaduhan.

Pengadil yang tidak tahan melihat aksi pemain itu terus melayangkan kad merah selepas dia sudah mendapatkan kad kuning sebelum itu.

Mungkin gara-gara perbuatan seperti pemain itu menjadi punca pergaduhan yang lebih besar dalam beberapa ‘scene’ bola sepak amatur.

Malah ada dalam ruangan komen, pengguna media sosial mengkritik aksi lelaki itu yang boleh menyebabkan terjadinya isu lebih besar.

"Main bola petang-petang, tapi aksi macam wakil Malaysia main dekat Piala Dunia," katanya.

Majoriti menasihatkan agar peminat bola sepak di luar sana tidak mengulangi aksi seperti lelaki itu meskipun sedang bermain dalam sesuatu kejohanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram