PASUKAN meningkat naik, Penang FC pastinya terpaksa menerima kekecewaan melampau selepas tidak layak ke pusingan separuh akhir Piala FA pada Jumaat lalu (5 Julai).
Ini selepas Penang tewas menerusi keputusan agregat 0-1 meskipun berjaya mengikat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tanpa sebarang jaringan di hadapan ribuan penyokong lawan.
Beberapa percubaan dan peluang diperolehi anak-anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli berjaya ditepis oleh wira Sang Kenari, Kalamullah Al-Hafiz yang cemerlang menjaga gawang gol Kedah.
BACA LAGI: MFL semakin huru-hara, Dr Pekan setuju FAM jaga liga pembangunan
BACA LAGI: Ultras Penang beri teguran ingat asal usul sokong kelab sendiri
Melihat situasi yang dialami Harimau Kumbang, rata-rata penyokong Penang bersetuju jika pihak pengurusan mendapatkan seorang penyerang tempatan baharu bagi memperkuatkan barisan serangan menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) bulan depan.
Ini juga dipengaruhi aksi yang kurang efektif ditonjolkan oleh penyerang import Penang, Rodrigo Dias yang hanya menjaringkan satu gol setakat ini.
Penyokong berpendapat, pihak pengurusan perlu mengambil kesempatan ke atas masalah dalaman yang berlaku kepada Sabah FC untuk membawa pulang anak jati Seberang Perai, Jafri Firdaus Chew.
"Boleh pinjam Jafri Chew sebab Sabah pun dengar cerita tak bayar gaji, import pun ambil dari Sabah juga," luah Juf Rei.
"Jafri Chew 'on'," kata Tun Teja.
"Boleh juga yang ada sekarang bukan boleh buat apa pun bagi mereka duduk simpanan pula suruh tengok macam mana nak sumbat gol," jelas Shidan Idan.
Sejak menyertai Sabah pada musim lalu, Jafri Chew telah menjaringkan enam gol dan satu bantuan jaringan dalam 31 penampilan.
Bersama Sang Badak, Jafri Chew telah beraksi dalam dua posisi baharu iaitu pertahanan kanan dan sayap kanan.
Sebelum menyertai Sabah, pemain berusia 27 tahun itu mewakili Penang selama dua musim dan tampil dalam 21 penampilan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram