Kualiti kepimpinan Safuwan Baharudin jadi tunjang kejayaan Selangor


  • Podium
  • Selasa, 09 Jul 2024

Safuwan menjalankan tugasnya sebagai kapten dengan cukup baik ketika berdepan Kuching City. — Selangor FC

KETUA pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin dianggap mempunyai kualiti kepimpinan yang mantap hingga ia memberikan impak buat Gergasi Merah.

Kualiti yang ada padanya itu membuatkan pemain Singapura tersebut menerima pujian daripada jurulatih, Nidzam Jamil.

Menurut Nidzam, Safuwan ibarat pembantu jurulatihnya di padang ketika Selangor menewaskan Kuching City FC pada aksi suku akhir Piala FA.

BACA LAGI: Selangor FC upah peguam heret MFL ke mahkamah timbang tara

BACA LAGI: 'Ubi muda' Selangor FC sah sertai FC Osaka secara pinjaman

Dalam perlawanan yang diadakan pada Sabtu itu, Safuwan menjadi pengambil sepakan penalti pertama Selangor dan menyempurnakannya. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan bagi pengambil sepakan seterusnya yang rata-rata ada pemain muda.

Bagi Safuwan, semua itu adalah berpunca ikatan yang cukup kuat dimiliki antaranya dengan rakan-rakan sepasukan hingga membolehkan Selangor berjaya mara ke separuh akhir walaupun beraksi dengan sembilan pemain.

"Komunikasi antara saya dengan rakan sepasukan adalah baik. Kami mempunyai ikatan yang rapat dan saya adalah jambatan antara pemain dengan jurulatih.

"Kami semua mempunyai visi yang sama," kata Safuwan.

Menyedari kesukaran bermain dengan sembilan pemain, Safuwan mengaku yang dia berada dalam tekanan terutamanya selepas Kuching mendapatkan gol awal.

Akan tetapi dengan bantuan lebih 10,000 penyokong yang hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor, Safuwan dan rakan-rakan berjaya memastikan kemenangan milik mereka.

"Ia bukannya mudah untuk mengharungi malam yang sukar seperti berdepan Kuching tempoh hari pada Sabtu. Kami berada dalam tekanan terutamanya apabila mereka mendapatkan gol awal.

"Apabila perlawanan berlangsung, saya satu-satunya pemain import yang tinggal (selepas kad merah Alex Agyarkwa dan Reziq Bani Hani), ia bukannya mudah untuk beraksi dengan sembilan pemain tapi kami teguh bersama," ujar Safuwan. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram