Alami kesukaran pakai topeng, Tchouameni simpati nasib Mbappe


  • Podium
  • Isnin, 08 Jul 2024

Mbappe terpaksa memakai topeng sepanjang Euro 2024. — Agensi

PEMAIN Perancis, Aurelien Tchouameni berkongsi rasa simpatinya terhadap rakan sepasukan dan juga kapten, Kylian Mbappe yang terpaksa bermain menggunakan topeng muka.

Topeng muka itu terpaksa dipakai Mbappe mengalami kecederaan di bahagian hidung sewaktu berdepan Austria pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Euro 2024.

Pada pendapat pemain tengah itu, walaupun mengalami kesukaran tetapi Mbappe tetap akan memberikan impak kepada negaranya.

BACA LAGI: 'Saya tak selesa', Mbappe beri sebab kenapa sering bertukar-tukar topeng

BACA LAGI: Mbappe 'troll' pertahanan Belgium lepas skor gol sendiri

image_2024-07-08_00-31-32

Aurelien Tchouameni.

"Sukar untuk dia bermain sambil menggunakan topeng tapi dia adalah pemain handalan dan saya yakin dia mampu membantu kami.

"Kami bermain kejohanan dengan baik dan masih lagi bernyawa, itu adalah yang paling penting," jelasnya.

Dalam masa yang sama, bintang tengah Real Madrid itu berkata, walaupun Perancis tidak menjaringkan banyak gol, tetapi kejayaan berjaya mara ke separuh akhir adalah mengagumkan.

Berdasarkan rekod, Perancis hanya menjaringkan tiga gol sepanjang perjalanan mereka ke separuh akhir. Kesemua jaringan itu hadir ketika berdepan Austria dan Poland di peringkat kumpulan sementara Belgium di pusingan 16 pasukan terbaik.

"Kami berjaya ke separuh akhir tanpa menjaringkan gol, saya rasa itu adalah perkara bersejarah," kata Tchouameni.

Bakal berdepan Sepanyol di separuh akhir, pastinya tugas sukar menanti skuad Didier Deschamps untuk mengekang La Roja yang tiada masalah menjaringkan gol. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram