[VIDEO] Rakyat Malaysia bangga skuad dart negara ukir nama di pentas dunia


  • Podium
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Tangkap layar video Siik Hwang (kanan) sedang membaling dart ketika bertemu Kanada pada 28 Jun lalu.

RAKYAT Malaysia sangat berbangga dengan pasukan dart negara selepas berjaya tampil dalam Piala Dunia sukan itu yang diadakan di Jerman pada Jun lalu.

Pasukan negara telah diundi dalam Kumpulan I bersama-sama Kanada dan Croatia yang menyaksikan Malaysia tewas dalam dua perlawanan.

Aksi dua atlet dart negara, Mohd Nasr Jantan dan Siik Hwang Wong ketika menentang Kanada dalam kejohanan itu kembali tular dalam media sosial meskipun ia berlangsung pada bulan lalu.

BACA LAGI: MFL semakin huru-hara, Dr Pekan setuju FAM jaga liga pembangunan

BACA LAGI: ‘Kalamullah PJ City is back!’, fans Kedah nampak masa depan lawan JDT

Ketika menentang Kanada, skuad negara tewas tipis apabila mencatatkan keputusan akhir 3-4 pada 28 Jun lalu.

Manakala dalam perlawanan pembukaan, Malaysia tewas 0-4 di tangan Croatia sekali gus tidak layak ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun, usaha yang dipamerkan oleh dua atlet itu masih mendapat pujian daripada orang ramai dalam media sosial.

"Mantap! Tahniah Malaysia sebab berada di World Cup of Darts," ucap Bilik Dart.

"Tipis kalah dia, apa-apa pun padu, Buddy dia agak terganggu masa main ini, biasa tengok konsisten," kata Fauzi Badawi.

"Walaupun kalah tapi nama Malaysia dah ada dalam pentas dunia boleh cuba lagi lain kali," luah Mohd Ismail.

Kejohanan Piala Dunia Dart itu dimenangi oleh England selepas menewaskan Austria dengan keputusan 10-6 pada 30 Jun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram