Ultras Penang beri teguran ingat asal usul sokong kelab sendiri


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Ultras Penang memperingatkan penyokong agar sentiasa mengingati asal usul. — Gambar hiasan

DEMAM bola sepak Eropah kini melanda seluruh dunia selepas sudah empat tahun kejohanan itu menjadi penantian orang ramai untuk melihat raja baharu selepas kali terakhir dimenangi oleh Itali pada 2020.

Tidak salah untuk kita sebagai penyokong mengikuti perkembangan bola sepak semasa kerana itu lumrah seorang peminat sukan nombor satu dunia itu.

Namun minat melampau daripada penyokong tempatan terhadap kelab luar sehingga mengabaikan pasukan negeri kelahiran itu tidak boleh diterima.

BACA LAGI: [VIDEO] Teknik staf SNBJ buang air 'ditiru' di stadium Euro 2024

BACA LAGI: Gabungan 2 lebuh raya bakal cipta sejarah baharu IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024

Melihat senario itu, ia semakin menular dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana lebih cenderung menyokong kelab Eropah sehingga tidak peduli akan keadaan pasukan negeri kelahiran.

Melihat keadaan itu, Ultras Penang atau lebih dikenali Ultras Panthers memuat naik poster jarak jauh setiap bandar di dunia bermula dari Pulau Pinang.

Poster tersebut mahu memperingatkan penyokong agar sentiasa mengingati asal usul.

"Tepuk dada tanya selera.

"Apa yang hampa (kamu) faham tentang peribahasa ini dan kaitan dengan bola sepak?

"Kita manusia memang tak lari dari selera yang tinggi, tapi kita sendiri kena ingat dekat mana asal kita, dan di mana kita berdiri, dilahirkan.

"Tak perlu bermegah-megah menyokong kelab luar sedangkan diri kita sendiri pun tak mampu untuk ke sana setiap perlawanan.

"Di sini ada yang lebih dekat, yang lebih memerlukan sokongan dari kita, anak watan tempatan itu sendiri. Hadam dan faham, Penang FC memerlukan kita," katanya.

Ultras Penang menyeru agar penyokong hadir ke stadium selepas Harimau Kumbang akan menerima kedatangan Kedah Darul Aman (KDA FC) dalam perlawanan Liga Super pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram