Pengarah Sabah FC pelik kontena luar stadium, fans jawab tempat 'simpan' perosak bola sepak


  • Podium
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Joh Wid (kanan) kini menjadi sasaran penyokong selepas Sabah terpalit dengan isu tunggakan gaji.

SELEPAS isu penamatan kontrak Ramon Machado bersama Sabah atas sebab-sebab tertentu, kini satu lagi kejadian yang menimpa kem Sang Badak sebelum perlawanan menentang Terengganu di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu.

Menerusi Instagram, Pengarah Sabah FC, Md Joh Wid menimbulkan persoalan selepas sebuah kontena diletakkan di luar Stadium Likas sebelum perlawanan bertemu Terengganu.

Kontena itu seolah-olah memberikan petunjuk bahawa Sabah akan bermain dengan taktikal bertahan walaupun perlu mencari jaringan gol.

BACA LAGI: MFL semakin huru-hara, Dr Pekan setuju FAM jaga liga pembangunan

BACA LAGI: [VIDEO] Sabah restu Ramon minta tamat kontrak, mungkin selangkah ke Lembah Klang?

449769994_1028173519017814_8369644536618700607_n

Perkongsian yang dimuat naik oleh Md Joh Wid dalam Instagram.

Namun perkongsian dalam media sosial itu tidaklah mendapat reaksi yang baik dalam kalangan penyokong Sabah.

Ini selepas ramai mahu Md Joh Wid meletakkan jawatan daripada terus mentadbir pasukan Sabah musim ini.

"Letak jawatan awak sangat gagal dalam bola sepak," kata Jack DSN.

"Buat-buat terkejut?" soal Xam Sevets.

"Tempat dia kena kurung nanti lepas Sabah FC habis main," gurau Sarizan Mis.

"Baik kau letak jawatan Joh kalau tak nak masuk kontena itu, perosak Sabah," jelas Aqil Nuha.

Sebelum ini, kem Sabah dikhabarkan sedang dilanda dengan masalah tunggakan gaji sehingga menyebabkan Ramon memilih untuk meninggalkan pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram