Qabil mahu cipta rekod baharu, terharu terima anugerah khas MSN


  • Podium
  • Ahad, 07 Jul 2024

Qabil Irfan merupakan juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023.

HASIL usaha Qabil Irfan Azlan yang mencipta sensasi apabila muncul juara keseluruhan pada Siri Dunia MiniGP 2023 yang berlangsung di Valencia, Sepanyol mendapat pengiktirafan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) pada bulan lalu.

MSN telah mengiktiraf kejayaan pelumba berusia 11 tahun itu menerusi Anugerah Khas yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Kamal Adli Halim.

Untuk info, Qabil mula berkecimpung dalam sukan permotoran seawal usia empat tahun.

BACA LAGI: Bermula dari Cubprix, Qabil pahat memori indah di bumi Valencia

BACA LAGI: [VIDEO] Rider cilik asal Terengganu cipta sensasi juarai MiniGP di Sepanyol

Menerusi temubual bersama Majoriti, Qabil tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya kerana mendapat anugerah khas itu.

"Alhamdulillah, saya sangat gembira dan tak sangka akan dapat anugerah khas ini.

"Saya cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada SIC Racing, KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN dan Zakir Racing Team.

"Ini kerana disebabkan anda saya berada di sini," katanya.

Qabil yang menjuarai Siri Dunia MiniGP itu turut mahu mengulangi percapian menjadi juara untuk tahun ini.

"Tahun ini, saya akan cuba untuk menjadi juara lagi," jelasnya.

Qabil MSN

Qabil ketika mendapat anugerah khas daripada MSN pada bulan lalu.

Dalam pada itu, Pengurus ZK Racing Team, Zulfahmi Khairuddin berkata, usaha MSN dalam mengiktiraf Qabil meletakkan sukan permotoran di tahap yang sama seperti sukan lain.

"Qabil telah menerima anugerah khas daripada MSN atas pencapaiannya tahun lepas di Valencia.

"Usaha ini sedikit sebanyak telah meletakkan sukan permotoran di Malaysia di satu tahap yang sama seperti sukan lain.

"Jadi saya harap kita (komuniti sukan permotoran) dapat tunjukkan lagi keputusan cemerlang.

"Saya juga akan cuba yang terbaik untuk melahirkan atlit yang berjaya," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram