ARTIS ternama tanah air, Hazirah Qasdina Hazali atau lebih dikenali sebagai Eyra Hazali berdepan detik cemas selepas kesihatan anak keduanya, Endra Haqimie tidak begitu baik beberapa hari kebelakangan ini.
Anaknya yang berumur dua tahun itu dilaporkan mengalami muntah-muntah dengan perkara itu dikongsikan pelakon tersebut menerusi hantaran di Instastory peribadinya.
Malah, lebih mendebarkan lagi, Eyra turut berkongsi satu laporan pada Ahad yang mengatakan buah pinggang Endra sudah terlalu kering.
BACA LAGI: Nabil Latpi kurang mengancam, bekas striker Perak antara 3 calon lokal sesuai buat Penang
BACA LAGI: Sambil tunggu 'offer' JDT, CEO Perak FC dedah lepaskan import demi buru striker tajam
Eyra Hazali memuat naik keadaan semasa Haziq yang kelihatan sedikit keletihan.
Jadi, penjagaan rapi sudah tentu perlu diberikan artis berusia 25 tahun itu demi memastikan keadaan anaknya kembali ke sedia kala secepat mungkin.
Namun, Eyra tidak perlu terasa terlalu terbeban dengan tugasnya kerana suaminya, Haziq Nadzli setia menemani selain memberikan bantuan diperlukan.
Dalam satu hantaran di Instastory Eyra baru-baru ini, pemain Perak FC terbabit kelihatan sedang berehat di atas katil hospital dengan riak wajahnya jelas kelihatan.
"Semalam dia jaga kami anak-beranak, turun naik wad. Tengah malam, Haziq pula muntah-muntah dan cirit dan sekarang, dia perlu ditahan di wad. Dugaan untuk keluarga kami, mohon doakan kami," kata Eyra.
Musim ini, pemain berusia 26 tahun itu beraksi buat skuad The Bos Gaurus (TBG) selepas dipinjamkan dari Johor Darul Ta'zim (JDT) pada jendela perpindahan lalu.
Untuk rekod, Haziq sudah diturunkan sebanyak dua kali dalam saingan Liga Super iaitu ketika berdepan Terengganu FC dan PDRM FC.
Namun, dengan dia masih belum mempamerkan aksi terbaik, posisinya sudah diisi Ramdhan Ab Hamid dengan kemasukannya membawa kelainan buat Perak FC.
Keadaan kesihatan Haziq bakal menyaksikan dia berkemungkinan disisihkan untuk aksi Liga Super akan datang apabila skuad TBG menerima kunjungan Penang FC di laman sendiri pada Sabtu depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram