Sambil tunggu 'offer' JDT, CEO Perak FC dedah lepaskan import demi buru striker tajam


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Haziq (kanan) dan Adam antara pemain JDT yang dikaitkan akan ke Perak FC pada musim baharu ini. — Facebook/JDT

BARU-BARU ini Perak FC dikhabarkan akan mendapat tonik tambahan apabila difahamkan bakal menerima pemain pinjaman dari juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) bagi saingan musim 2024/2025.

Perpindahan dua pemain yang mahu dipinjamkan iaitu penjaga gol, Haziq Nazli dan pertahanan berpengalaman, Adam Nor Azlin bagaimanapun masih belum disahkan secara rasmi oleh skuad The Bos Gaurus (TBG).

Malah, Pengerusi kelab Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi difahamkan masih sedang mempertimbang tawaran berkenaan sama ada kelab Utara tanah air berkenaan memerlukan pemain dari JDT atau sebaliknya.

Mengulas lanjut mengenai tawaran untuk membawa masuk dua pemain Harimau Selatan berkenaan, Azim menjelaskan bahawa Perak FC tidak mempunyai kekangan untuk menggunakan khidmat mereka namun banyak perkara perlu dititikberatkan.

"Tiada kekangan nak ambil pemain JDT. Kami cuma nak tahu sama ada yang ditawarkan itu perlu atau tidak. Kalau kita umpamanya dah ada goalie sampai dua hingga tiga orang yang bagus dan banyak tapi kalau dia tak bagus, macam mana saya nak ambil.

"Kita kena tengok siapa yang JDT nak tawarkan dan apa posisi mereka. Kita ada target posisi apa yang diperlukan," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Haziq, Adam belum pasti 'kemas beg' ke Perak FC

azim

Azim memberi akan membawa masuk import baharu. — Facebook/PerakFC

Azim berkata, skuad Seladang kini dalam misi untuk mencari penyerang berkualiti dan pemain di jentera tengah bagi membantu skuad kendalian Yusri Che Lah meningkatkan jumlah gol pada musim depan.

Berdasarkan statistik 26 perlawanan Liga Super musim lepas, Perak FC hanya meledak 25 gol dengan mereka banyak berharap kepada pemain sayap dari Korea Selatan, Seo-seonung menyumbang tujuh gol.

Selain dua posisi tersebut, Azim juga memberi bayangan akan merekrut import baharu bagi menggantikan beberapa tonggak luar negara lain yang difahamkan akan digugurkan dalam tempoh jendela perpindahan.

BACA LAGI: Pernah malukan Perak di final 2019, bek kental Pantai Timur calon perkuat kubu The Bos Gaurus

luka

Luka menyertai Perak FC pada jendela perpindahan pada Julai lalu. — Facebook/PerakFC

"Kita tiada penyerang yang boleh jaringkan gol. Perak banyak peluang tapi tiada penyudah. Kita perlu pemain tengah juga. Sekarang ini dah ada pemain tengah tapi nak ada backup Luciano (Luciano Guaycochea).

"Buat masa ini dah ada calon pemain idaman cuma tak boleh nak kongsi dulu. Kita kena tengok bajet dulu macam mana. Import baharu mungkin ada dan salah seorang import yang dilepaskan ialah Luka Milunovic," jelasnya.

Untuk rekod, pemain kelahiran Serbia itu menyertai kem TBG pada jendela perpindahan Julai 2023 namun khidmatnya kurang memberikan impak apabila sekadar mencetak empat gol dalam lapan penampilan dia diturunkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram