
PELUANG Penang FC mara ke semi final Piala FA 2024 terkubur selepas tewas di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan agregat 0-1 dalam pertembungan suku akhir antara kedua-dua pasukan.
Meskipun skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli sudah bertungkus lumus untuk menyumbat gol dalam gawang Sang Kenari, usaha tersebut sia-sia kerana KDA FC memiliki benteng pertahanan yang sukar ditembusi.
Jika melihat kepada aksi timbal yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Jumaat, Harimau Kumbang dilihat lebih mendominasi permainan namun apakan daya ketumpulan jentera serangan Penang menjadi salah satu sebab mereka gagal menandingi kekuatan Sang Kenari.
BACA LAGI: Natasha enggan terbuai gelaran juara dunia, rakan jadi pencabar utama di Thailand Open
BACA LAGI: Selangor FC upah peguam heret MFL ke mahkamah timbang tara
Penang FC terpaksa melupakan impian ke semi final Piala FA 2024 selepas tewas di tangan KDA FC. — Facebook/Penangfc
Berikutan perlawanan yang penuh dramatik itu, nama penyerang Penang FC, Nabil Latpi disebut-sebut kurang memberi impak di bahagian serangan Harimau Kumbang.
Dalam pada itu, menjelang jendela perpindahan kedua liga yang akan dibuka Ogos nanti, Penang FC masih mempunyai peluang untuk menambah peledak di bahagian hadapan dengan membawa masuk penyerang berkualiti.
Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang dilihat berpotensi untuk menggalas tugas di bahagian jentera serangan Harimau Kumbang.
Shahrel antara nama yang disebut boleh membantu jentera serangan Harimau Kumbang. — Facebook/PDRM
1. Shahrel Fikri
Kehadiran Shahrel Fikri atau lebih dikenali sebagai Eky dijangka mampu memperkuatkan bahagian serangan Harimau Kumbang kerana corak permainannya yang agresif berupaya membuahkan hasil.
Beraksi sebagai penyerang pastinya memberi kelebihan kepada Shahrel sebagai pemain tempatan yang sekali gus memenuhkan kuota pemain lokal tanpa bergantung kepada import.
Dalam pada itu, kehadiran Eky ke skuad Penang FC itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk menjadi kesebelasan utama di posisi penyerang.
Malah, Eky dijangka berpeluang untuk mendapatkan minit permainan musim depan selepas mencatat tujuh gol peribadi dalam saingan Liga Malaysia musim 2023.
Bagaimanapun, dengan bekas penyerang Selangor FC itu baru sahaja menyertai PDRM FC pada jendela perpindahan lalu, ia adalah sedikit sukar untuk skuad Harimau Kumbang mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan akan datang.
Kelebihan penyerang muda JDT dijangka berpeluang untuk melebarkan sayapnya dalam skuad Penang. — Facebook/JDT
2. Gabriel Nistelrooy
Pujian sudah tentu diberikan terhadap pemain berusia 24 tahun berkenaan yang semakin matang dalam gaya permainannya meskipun sudah bertahun-tahun bakatnya disedari orang ramai.
Malah, ada yang beranggapan Gabriel dilihat perlu mengembangkan bakatnya dengan menyertai pasukan lain berikutan sukar untuk menembusi skuad utama Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika ini.
Beraksi bersama JDT II dalam saingan Piala MFL, Nisterooy menampilkan aksi memukau apabila sudah memiliki lima gol dalam hanya empat minggu perlawanan.
Dalam pada itu, peluang cerah terhidang untuk Nistelrooy melebarkan sayapnya dengan menyertai Penang FC musim depan.
Hakimi dilihat berpotensi untuk menarik perhatian pengendali Akmal Rizal agar diberi peluang untuk membantu skuad tersebut. — Facebook/TFC
3. Hakimi Abdullah
Seperti yang diketahui, Terengganu FC memiliki 'squad depth' yang boleh dikatakan cukup berpotensi di setiap posisi dengan campuran bintang skuad kebangsaan, pemain import dan 'ubi muda' berkualiti.
Jika dilihat berdasarkan statistik perlawanan sejak 2021, musim terbaik Hakimi bersama Terengganu adalah pada tahun pertamanya apabila dia diberikan peluang beraksi dalam 21 perlawanan Liga Super, selain mencetak lima jaringan gol dan satu hantaran bantuan.
Tonggak berusia 25 tahun berkenaan juga mencatat sejarah indah dalam bola sepak Terengganu apabila hasil gol tunggalnya meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT) di saingan Liga Super musim 2021.
Dengan ketumpulan yang dimiliki jentera serangan Penang ketika ini, Hakimi dilihat berpotensi untuk menarik perhatian pengendali Akmal Rizal agar diberi peluang untuk membantu skuad tersebut.
Dalam pada itu, kehadiran Hakimi dalam Harimau Kumbang dijangka mampu memberi impak positif kepada pasukan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram