KEPUTUSAN tiga kekalahan daripada empat perlawanan pertama Liga Super musim ini dihadapi Perak FC mula menimbulkan cakap-cakap kurang enak dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus terhadap prestasi pasukan.
Ia selepas terdapat peminat melahirkan kekecewaan mereka terhadap rekod buruk dicatatkan pasukan kesayangan termasuk dalam perlawanan terbaharu yang berlangsung pada Ahad lalu Ketika menentang Selangor FC.
Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor itu, skuad kendalian Yusri Che Lah tewas 1-2 di tangan Gergasi Merah.
BACA LAGI: BN siap sedia bertaruh 2 PRK DUN di DUN Kelantan, Selangor
BACA LAGI: Tak logik kalau ada negeri di Malaysia dakwa tidak pernah kena jajah — Pakar sejarah
Keputusan yang diperolehi itu menimbulkan rasa tidak senang penyokong dengan ada antaranya mendakwa 'bajet ciput' sebagai punca menyebabkan pasukan bergelut untuk bersaing.
Malah, kritikan tersebut turut menyasarkan serangan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin.
Perak FC tewas 1-2 di tangan Selangor FC dalam aksi di Stadium MBPJ pada Ahad. — Facebook/PerakFC
Komen berkenaan turut dikongsikan akaun Facebook TBG Super Fan, iaitu laman sosial media yang dijadikan Bobie untuk menyampaikan pandangan dan kenyataan rasminya berhubung pengurusan Perak FC kepada penyokong.
Rentetan komen keras yang diterima itu, Bobie menerusi satu hantaran menyatakan menarik diri daripada menjadi admin kepada akaun Facebook TBG Super Fan.
"Rasanya dah sampai masa saya mengundurkan diri dari page ini. Banyak sangat masa yg saya habiskan dalam usaha nak mendidik (mungkin tak sesuai) peminat sukan bola sepak dengan info yang lebih real dari cakap kosong.
"Dan usaha tak henti-henti cuba untuk menggagalkan usaha saya untuk menyatukan fan maybe gagal dan rasanya saya dah cuba sebaik mungkin.
"Kadang kadang kita kena berhenti sebelum lebih banyak kata-kata yang menghiris perasaan semua pihak. Semoga maju jaya semua," katanya menerusi hantaran di TBG Super Fan pada Isnin.
Dalam pada itu, Bobie berkata, beliau akan memberikan fokus kepada perniagaannya dan akan terus berusaha untuk Perak FC.
Dalam pada itu, di ruangan komen, peminat melahirkan sokongan terhadap tindakan beliau untuk mengundurkan diri daripada menjadi admin kepada laman Facebook berkenaan.
"Bagus la, elok biar admin lain yang handle page ni, bos duduk belakang tabir sahaja bagi memantapkan lagi team kesayangan kita ini.
"Abaikan mulut longkang yang pandai bercakap. Semoga dipermudahkan urusan bos demi pasukan Perak FC," tulis Asrul Razali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram