Tiada jersi dilancarkan, seragam baharu Sang Kenari akan muncul 25 Julai


  • Podium
  • Khamis, 04 Jul 2024

Kedah Darul Aman akan melancarkan jersi baharu pada 25 Julai.

KEDAH Darul Aman FC tidak melancarkan jersi baharu mereka pada sidang media yang dilakukan pada Khamis (4 Julai) seperti yang digembar-gemburkan.

Sebaliknya, menurut pemilik kelab, Tan Sri Dr Daud Bakar, ia akan dilancarkan secara digital pada 25 Julai pada 10 malam. Hal ini kerana, jersi baharu Kedah masih lagi dalam proses disiapkan di luar negara.

Selain itu, Daud turut mengatakan yang 26 Julai depan akan diadakan karnival untuk membolehkan penyokong mendapatkan jersi baharu secara terus.

BACA LAGI: Dari jauh tetap sokong, fans Kedah semangat beli tiket bantu kewangan kelab

BACA LAGI: 'Aneh dan kebetulan', calon penaja utama Kedah hairan 'diserbu' Kastam, LHDN berturut-turut

449443549_508848178163031_3944290631425280185_n

Jersi baharu Kedah akan menemui peminat pada 25 Julai. — Agensi

Selain itu, Daud turut mengatakan yang Kedah berada di fasa terakhir memuktamadkan kerjasama dengan beberapa penaja baharu untuk 2024/2025. Ia bergantung kepada hitam putih perjanjian yang sedang disiapkan pada peringkat akhir.

Daud juga mengatakan yang Kedah melancarkan jabatan baharu yang fokus kepada urusan perniagaan. Menurutnya, mereka yang bekerja dalam jabatan tersebut gajinya ditampung oleh sebuah syarikat korporat yang akan diumum kemudian.

Bercakap mengenai ekonomi kelab Kedah, Daud bagaimana pun tidak berpuas hati dengan sambutan penyokong terhadap kad sim serta penjualan air coklat.

Daud menyeru lebih ramai penyokong mendapatkan kad sim tersebut kerana Kedah sendiri dianggap sebagai master dealer. Menurutnya, kelab akan memperoleh 10 peratus komisen atas setiap jualan kad sim tersebut.

Pemilik Kedah itu mengharapkan sambutan 'gila-gila; daripada penyokong supaya pendapatan kelab dapat ditingkatkan.

Dalam masa yang sama, Daud mengatakan yang Kedah bakal mempunyai lebih banyak projek di masa akan datang seperti minyak wangi, air mineral, tudung serta kad gaya hidup untuk tujuan membeli-belah.

Malah, Kedah turut akan memperkenal skim perlindungan takaful serta tenaga solar yang membolehkan ia dipasang di rumah-rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram