Mbappe 'troll' pertahanan Belgium lepas skor gol sendiri


  • Podium
  • Selasa, 02 Jul 2024

Mbappe (kiri) melakukan 'troll' terhadap Vertonghen (kanan) ketika gol Perancis terhasil. — Agensi

KEMPEN Perancis di Euro 2024 diteruskan apabila mereka berjaya mara hingga ke pusingan suku akhir selepas membenam cabaran Belgium pada Selasa.

Mara dengan gol sendiri oleh pertahanan Belgium, Jan Vertonghen, ia sudah cukup untuk Perancis ke pusingan seterusnya untuk berdepan Portugal pada suku akhir.

Gol yang terhasil pada minit ke-85 itu nyata mengundang kegembiraan buat pemain dan penyokong Perancis. Malah buat ketua pasukan, Kylian Mbappe ia cukup bermakna.

BACA LAGI: 'Saya tak selesa', Mbappe beri sebab kenapa sering bertukar-tukar topeng

BACA LAGI: Itali kekal setia dengan Spaletti walaupun gagal pertahan takhta kejuaraan Euro

m - 1

Vertonghen (kiri) bertelagah dengan Mbappe (kanan) ketika pertemuan antara Belgium dan Perancis. — Agensi

Mana tidaknya, ketika jaringan itu terhasil, Mbappe kelihatan menuju ke arah Vertonghen sambil melakukan troll terhadap pemain pertahanan tersebut.

Tetapi kenapa Mbappe berbuat demikian? Hal ini kerana, sebelum jaringan itu terhasil, pertahanan tersebut kelihatan tidak senang dengan tindakan Mbappe yang menjatuhkan diri dalam kotak penalti.

Vertonghen menuduh Mbappe sengaja melakukan simulasi dengan merebahkan badan dalam kotak penalti ketika minit ke-71.

Insiden tegang itu berjaya diredakan oleh pengadil, Glenn Nyberg namun apabila gol tersebut terhasil, pegawai perlawanan terpaksa menghukum bintang Perancis itu.

Mbappe berlari ke arah Vertonghen sambil berkatakan sesuatu kepadanya yang dipercayai merupakan kata-kata berunsur troll.

Tindakan tersebut mendapat perhatian pengadil lalu memberikan amaran lisan kepada Mbappe.

Kemenangan tersebut menghidupkan peluang Perancis untuk merangkul gelaran Euro walaupun bertemu Portugal dalam perlawanan suku akhir.

Sementara buat Belgium, satu lagi episod kegagalan buat mereka apabila tidak berjaya membawa pulang kejuaraan di kejohanan utama walaupun dibarisi ramai pemain bintang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram