'Saya tak selesa', Mbappe beri sebab kenapa sering bertukar-tukar topeng


  • Podium
  • Isnin, 01 Jul 2024

Mbappe tidak suka bermain sambil menggunakan topeng. — Agensi

KEJOHANAN Euro 2024 menjadi pertandingan yang sukar untuk dihadapi bagi ketua pasukan Perancis, Kylian Mbappe.

Mengalami kecederaan di hidung ketika berdepan Austria memaksa Mbappe untuk menyarung topeng bagi melindungi bahagian tersebut daripada terus tercedera dalam aksi lain yang dihadapinya.

Namun begitu, terdapat kesukaran yang dihadapi oleh Mbappe yang kelihatan sering bertukar-tukar topengnya.

BACA LAGI: Itali kekal setia dengan Spaletti walaupun gagal pertahan takhta kejuaraan Euro

BACA LAGI: [VIDEO] Fans Scotland tunjuk sisi murni Euro 2024, bantu payungi warga tua di Jerman

WhatsApp Image 2024-07-01 at 19.26.02

Mbappe perlu memakai topeng bagi menjaga hidungnya yang cedera. — Agensi

Mbappe secara terbuka mendedahkan yang pengalaman memakai topeng sambil membawa cabaran Perancis di Euro 2024 merupakan satu detik mengerikan dalam kariernya.

Hal ini kerana, topeng yang disarungnya itu membuatkan pemain itu tidak selesa sambil terpaksa berdepan kesukaran apabila dia sudah bermandi peluh.

"Bermain dengan topeng merupakan satu perkara buruk. Saya tukar kerana terdapat perkara yang kurang.

"Ia begitu sukar untuk memakainya kerana ia membataskan pemandangan, anda perlu membuka topeng untuk membolehkan peluh tersebut bergerak," kata Mbappe.

Mbappe mengatakan yang dia tidak sabar untuk menanggalkan topengnya sebaik saja dibenarkan untuk bermain tanpa alat perlindungan itu.

Namun begitu, buat masa sekarang, dia tidak mempunyai pilihan melainkan menyarungnya. Penyerang itu mengakui tidak sukakan topengnya tetapi tidak menafikan jasa alat tersebut dalam memastikan kecederaannya tidak melarat.

"Sebaik saja saya boleh menanggalkannya, saya akan tanggalkannya. Buat masa sekarang, saya tiada pilihan. Saya takkan beraksi tanpanya.

"Anda melihat saya menukar topeng dalam lima kali tapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Untuk pertandingan ini, saya akan beraksi dengannya kerana itu saja pilihan yang ada.

"Saya perlu ucap terima kasih kepada topeng ini," ujar Mbappe. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram